Monday, March 7, 2016

Stok Pes Bawang Merah, Bawang Putih & Cili Kering

Kalau orang kata kerja dari rumah ni rileks-rileks jer.
Rasa nak jer menuntut ilmu apakah dia pakai heehhe.

Macam ayu yang azalinya lembab didapur, memang nak laju-laju jer siap memasak.
Walaupun masak nasik dan 1 lauk jer, rasa macam lamanya aku kat dapur.
Agaknya sebab ayu otak ni fokus nak uruskan blog dan bisnes jer kan.
So mana kerja lain macam kemas rumah dan memasak nak cepat-cepat siapkan.

So, mana-mana cara memasak yang boleh jimatkan masa,
Jika ayu tau daripada orang lain atau fesbuk hehehhe.
Ayu akan implements.

Antaranya ialah sediakan pes bawang merah, bawang putih dan cili kering
Hari ahad kalau tak balik kampung, Ayu akan buat siap-siap pes ni.
Rasanya, korang pun buat kan... sebab senang time nak masak.
Kuarkan ajer, terus tumis.

Ayu juga buat siap-siap tumisan pes untuk goreng mee, mihun dan keow teow.
Memang jimat giler masa memasak.
Terus rasa, wow kagum dengan kepantasan memasak :P

Caranya senang jer... korang mesti tau kannnnnnn.

Kupas bawang merah, bawang putih dan potong cili kering

Potong-potong bawang merah & bawang putih
*nak letak halia pun boleh. Ayu tak letak sebab jika masakan guna halia, ayu just potong halia segar, campak jer masuk dalam kuali masa menumis.


Cili kering, rebus dulu sekejap supaya lembut dan rasaya lebih sedap.


Toskan dan ayu basuh lagi sekali dengan air Bio Aura


Campurkan bahan-bahan tadi tu


Sedia untuk blender.
Letak garam sikit tau.

Dulu ayu blender guna air, tapi sejak ada orang share di Facebook blender guna minyak masak lebih sedap, ayu guna minyak masak. So, masa menumis nanti, takyah letak minyak dah atau letak sikit ajer minyak.


Blender ni kecik, so kena blender 2x sebab stok ayu buat banyak, untuk seminggu.
Kitorang ni suka ayam masak merah.

Blender guna minyak, hasilnya nampak macam pucat sket la banding blender dengan air.
Pucat pun pucat laa, asal sedap :P


Yang dalam balang tu, pes yang ayu tak tumis.
Tu guna untuk buat ayam masak merah atau ayam kicap.

Yang dalam blender lagi tu, ayu nak tumis siap-siap untuk pes mee, mihun dan keow teow.
So nanti, masa tumis tu... ayu letak siap-siap kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram.

Nanti ayu share next entry.


Haaa... dah siap ada pes macam ni, memang jimat masa memasak.
Kalau tak, takkan la asik nak kupas bawang dan cili jer kan.
Nak masaknya ciput jer, tapi kerjanya tu renyah alahaiiii.

Selagi boleh berjimat masa, kita sebagai pompuan ni kena cuba buat.
Nanti, dah siap masak... boleh la layan tv dan fesbuk hahahhaa.

Okey... tunggu next entry ya caner saya buat pes tumis siap utk mee, mihun & keow teow.
Jumpa lagi!


Lawati blog Oh Wanginya De'Xandra Perfume:


Agent borong dan Agent Dropship dialu-alukan.

Whatsapp: 
Ayu Rashid | 013 - 255 0727

1 comment:

cik hani said...

senang kerja kalau semua dah siap kan..
tinggal guna jer...huhuhu