Thursday, March 24, 2016

Susun Atur Pakaian Saya

Sejak dah tak kerja, konsep buat baju kurung cuma setahun sekali syawal datang lagi, merai kembali. Jika masa kerja dulu... wehuuuu dalam setahun tu, memang boleh jejak puluh helai tempah baju kurung. Itu belum lagi pembelian kemeja dan seluar slack.

Yer, saya memang kaki shoping! Mujor ler zaman kerja dulu belum fofular lagi online shopping ni, kalau tak memang akulah dewi online shopping! Klik-klik dihujung jari, licin duit gaji dalam akaun maybank hahaha.


Baju-baju kurung dan kebaya dah banyak sedekah kat anak sedara dan orang lain. Biasa bawak balik, suruh jer mak bagi kat sesaper. Elok-elok dan cantik lagi semuanya. Takper, daripada membazir tersimpan ajer, elok sedekah.

Ni saya nak share susun atur baju dalam almari saya. Tak campur dengan nizam, dia almari lain. Almari ni khas untuk jubah, dress, baju kurung, kemeja dan tops jer. T-shirt dan lain-lain tu saya just lipat dalam toyogo. Ni gambar lama, masa saya letak almari pakaian ni dalam bilik dania yang saya dah convert jadi SOHO :P


Umah saya takder perabot mahal dan lawa. Jangan carik, sumpah takkan jumpa huhuu.
Ni lemari yang beli 1 set dengan set bilik tidur, masa kitorang baru kawen dulu.



Saya susun pakaian takder la kemas pun.
Lagi-lagi kalau nak keluar, kemahen lagi belek-belek nak match dengan tudung hahaa.


Bahagian baju kurung, jubah dan dress.
Berapa helai jer ada baju kurung hahahhaa.



Saya asingkan fabrik plain dan bercorak.
Kiri plain, kanan bercorak.




Ruangan sebelah lagi ni untuk kemeja dan tops.
Bahagian bawah tu ada ruang kosong, jadi saya susun comforter.
Lipat dan tekan-tekan, muat la 3 helai comforter. 




Pun sama, saya asingkan fabrik plain dan bercorak.

Simple jer susun atur lemari baju saya ni. Takder la sampai tahap nak warna hanger sama. Asal mana hanger tercapai dek tangan masa nak sangkut baju lepas cuci, ituler saya guna. Takder kerajinan lagi nak segigih itu. Maklumlah, beli hanger pun pelbagai warna :)

Cuma baju nizam, dia memilih hanger. Dia taknak hanger yang ada lekuk-lekuk kat bahagian atas. Sebab nanti katanya bahu baju akan jadi tak cantik. Amboi, pakai jer lah takat t-shirt jer pun. Nak jugak tu mengada-ngada kan.


Okey... dah gaji kan? Saper nak beli De'Xandra Perfume boleh contact saya tau :P sempat lagi tuuuu. Ok bye uols... nak layan tv jap sebelum Hariz balik sekolah lagi 2 jam. Heaven uols bila ada 'me time' hehhehhee. Dapatlah masa bertenang dan untuk rehatkan diri.


1 comment:

cik hani said...

baju kurung pun time raya je beli..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...