Posts

Showing posts from April, 2016

Surirumah Jerrrr? Uhuksss!

Image
SUMBER: Panduan & Inspirasi Wanita Bekerja di Rumah


Catatan di 'muka buku' adalah catatan yang sangat menggores perasaan. Keyboard warrior menunjukkan taring masing-masing sambil berselindung disebalik skrin smartphone atau laptop. Mereka bebas meluahkan pendapat tanpa noktahnya. Pelbagai topik diutarakan yang mengundang pelbagai reaksi, telahan, membuka aib dan fitnah.
Inilah dunia akhir zaman!

Terlalu banyak hal yang dipertandingkan. Aku hebat, kau tak hebat. Aku kerja kerajaan, hidup dan masa depan aku terjamin. Aku ada pencen dan pelbagai kemudahan kerana aku bekerja kerajaan, kau kerja swasta jer, ko tak kerja, surirumah jer?
Kau surirumah, tak bergaya. Selekeh. Berkain batik berbaju t-shirt lusuh. Lupa dah cara pakai lipstik apa lagi mekap! Ko rugi belajar tinggi-tinggi tapi terperuk di rumah. Mak atau mak mertua sayang aku dan suami aku lebih, sebab kami kerja kerajaan, makan gaji, kau tak kerja harapkan suami jer tanggung. 
Yadaaa... yadaaaa... yadaaaaa.

Halooo... i…

Batman vs Superman Dawn of Justice

Image
Erkk, kisah basi beberapa minggu sudah.
Sampai dah tak ingat dah bilakah kejadian ini hahha.
Yang pasti, masa filem Batman vs Superman Dawn of Justice masih kat pawagam.
Eh, sekarang ada lagi ke... dah takder kot.

Ni hariz dah menuntut nak tengok citer Ninja Turtle & Angry Bird.
Adohaiiii, pitam bapak ko!

Kitorang tengok kat GSC Alamanda Putrajaya.


Walaupun ayu bukan minat pun citer-citer macam ni.
Tapi, terpaksalah ikut kehendak anak.

Layan punya layan, pening kepala ku sebab tatau apa kesahnya.
Maksudnya watak-watak dan their journey.
Maklumlah, bila filem ala-ala sekuel ni, kalau tak follow memang blurrr la.

Bila tengok tu, makin lama makin best.
Dah faham jalan cerita.
Hero pun hensem hahaha.

Bila kuar jer watak Wonder Women, terkedu i.
Cantiknyaaaa!

Okey, sekian review hahahaha.

Citer dah lama malas nak citer lelebih.
As for now, dok berangan nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2
Semoga ada peluang tengok berdua ngan nizam hahaha.
Tengah pikir, mana nak letak hariz ni hiihii.
Tingga…

Catatan Merapu!

Image
Masa ayu baru berenti kerja 6 tahun dulu, gambel jer berenti.
Masa tu join MLM, Hai-O.

Walaupun tak dapat sampai tahap CDM.
Tapi, pengalaman tu paling mahal dan takleh beli kat mana-mana.
Ayu banyak belajar dan praktik ilmu yang dapat melalui GLAM.
Yelah, saper tak kenal CDM Hanis Haizi.
CDM Internet Pertama kat Malaysia ni.

Apa jua keadaan pun, kena bersyukur.
Mana baik jadikan teladan, begitulah sebaliknya.

Blog ayu ni pun bermula dengan bisnes Premium Beautiful.
Walaupun sekarang dah tak promote produk Haio.
Keahlian masih aktif dengan pangkat Diamond Sales Manager (DSM)
Saper serius nak beli Premium Beautiful, BVSM, Bio Aura boleh contact.
Semua bisa diatur untuk uols beli produk.

Cuma ayu dah tak aktif ber-networking jer la.
Malas dah nak keluar-keluar appoiment segala.
Susah nak keluar, sebab iols kat takder lesen kete.
Lagi pun, ayu dah selesa dah kerja dari rumah sepenuhnya.
Cukuplah bersosial di laman sosial jer.
Uols baca jer penulisan i kat blog dan fb hehehe.


Sekarang, ayu…

Sini Tempat Pokok Dapat Cahaya

Image
Bila dah letak pokok dalam rumah Kenalah siram dan kasik cahaya jugak kan. Dah bertambah kerja lagi hehehe. Tu la, takder keje carik keje. Takper, ni hobi saya dan happy tengok pokok hidup.
Beberapa hari sekali, erkk kalau rajin terlebih. Saya akan amik pokok-pokok letak dekat sumber cahaya pagi. Biasanya, saya letak kat dapur tepi washing machine atau sinki. Area ni mengadap cahaya pagi.


















Iklan Sebabak:
Nak beli De'Xandra Perfume boleh contact saya. Juga open for Dropship. #ProjekDuitRaya2016 akan bermula pada 1/5/2016
Be part of OhWanginya Team!
Ayu Rashid 013 - 255 0727

Perfume Wanita Paling Wangi?

Image
Tengah survey perfume wanita paling wangi?
Saya tolong mudahkan pencarian anda  Dengan cadangan 5 bauan De'Xandra Perfume ni:





















Yang dah pernah try 5 bau ni jer tau caner wanginya. Memang woww sangat!

Pokok Bunga dalam Rumah Lagiiiii

Image
Ini semua cerita dan gambar basi.
Dah sebulan lepas kot.
Masa pergi Fella Design tempah sarung sofa.
On the way balik tu, singgah nursery Sg Chua, Kajang.
Alaa... nursery yang ada pokok Ketapang Brazil
Rega RM68/sepasu tu.
Sobbb sobsss... ada lagi ketiga-tiga pokok tu kat situ.
Haa, tu la mahal sangat.... kang tak laku.
Hahhahahha. Keji nau perangai hihiii.


Ayu beli pokok mampu milik jer. 3 pasu.
Eh, 3 pasu pun dah rega nak ala-ala RM68 dah totalnya.
Ekk eleehhh... kecoh la ko minah.
Apa salahnya beli jer la terus sepasu ketapang brazil tu.
Okey, nexy visit insyaAllah :)














Jom Deko!
Saya sumbat ajer dalam bekas yang sediada kat umah. Bilalah nak gi Ikea nih. Nah vase hunting!










Mesti korang boring visit blog ni hahahha. Asyik pasal pokok jer kan.  Nak wat caner, dah tu minat saya :P

Deko Campuran Pokok Dalam 1 Bekas

Image
Hi semua.
Biasa kita letak pokok sejenis-sejenis jer kan?

Cuba pulak gabungkan 2 atau lebih pokok dalam 1 bekas.
Mesti nampak kelainan gitu :D





Takut!

Minggu ni, terkesan sangat dengan kematian arwah adik Nuri yang meninggal dipatuk ular. Al-Fatihah buat bidadari syurga yang sangat comel. Semoga keluarga arwah tabah laluinya. Terus terbayang, andainya ia kena kat keluarga sendiri. Nauzubillah. Kesannya pasti sepanjang hayat.
Kita pasti redha dengan pemergian insan yang kita sayang, apalagi anak sendiri. Namun, semua tu takdir kerana telah tertulis di loh mahfuz bila, di mana dan bagaimana kita akan kembali kepadaNya.
Since that, bila tengok anak-anak rasa sayu jer. Time nak marah atau geram tu, cecepat istiqfar sebab kita tatau sampai bilakah mereka akan dipinjamkan buat kita.
Lagi sedih pasal arwah adik Nuri tu ialah bila baca notes kerinduan yang arwah tulis untuk ayahnya. Allahu, sedihnya.

Pastu, kat Facebook ramainya dok share pasal ular!
Alaaa takutnya. Sampai malam tadi nak tidur rasa seram jer. Dah la nizam keluar melepak ngan kawan dia sampai 3am baru balik. Ayu dan Hariz jer tidur kat bawah. Mak & Dania tidur kat atas. Nak n…

Idea Deko Pokok Dalam Rumah

Image
Beberapa minggu lepas, kitorang pergi Tesco.
Ayu beli 3 bijik pasu plastik kaler coklat ni
Nak tanam pokok lidah mak mertua sepokok-sepokok.
Pastu, nak letak dalam rumah.



Pasu putih 2 bijik tu beli kat Tesco jugak, lama dah. Well, nak gi Ikea kemahen susah kan, layan jer la cap Tesco.


Fuh! Memang ngam-ngam isi macam ni.



Ayu tanam 2 pokok lidah mak mertua dalam pasu tu. Ni ambik kat rumah mak mertua. Hehhe, sesuai dengan namanya ek?
Alahai, keciknya pasu... kesian pokok hehhee.



Senang jer nak deko-deko pokok kecik dalam rumah. Dah tanam dalam pasu tu, sumbat ajer dalam pasu lawa sket.



Dah siap!




 Saja nak bagi suntikan hijau-hijau dekat area rak buku. Simple, jimat kos dan cantik!

P/S: Pokok ni tajam hujungnya. Memandangkan kat umah ni ada 2 kanak-kanak ribena. Maka, kenalah letak tempat yang selamat.
Apa lagi, buat peminat pokok-pokok dan deko. Bolehlah cuba.
Ada lagi gambar-gambar pokok. Nanti saya share :P

WANITA: Kerana Dirimu Begitu Berharga

Image
Assalamualaikum
Bila dah berkahwin, komitment sebagai wanita tiba-tiba menggunung naik.

Setiap hari, to-do-list tak pernah surut. Antara yang wajib wanita lakukan ialah mengemas rumah.
Bukan setakat mengemas saja tau!
Tapi rumah nak kena bau wangi. Haaa, kalau bau hapak-hapak tu is a big NO kan?
Bukan apa, untuk keselesaan kita sekeluarga. Bukankah rumahku syurga duniaku?
Kita pun tau, bahawa wangian adalah terapi yang sangat berkesan. Nak mood romantik pun elemen wangian adalah yang wajib ada.

Seperti kebanyakan wanita lain. Febreeze Ambi Pur adalah items yang sentiasa ada di rumah saya.
Lepas masak mesti nak spray. Atau, sesaja nak spray untuk jaga kebersihan sofa dan tilam. Lepas spray, rasa best jer kan?


Itu cara kita jaga keharuman dan keselesaan rumah.
TAPI, bagaimana kita jaga diri kita?

Takkan la rumah jer nak bau wangi dan segar?
Kita ni bagaimana?

Takkan sepanjang masa nak bau bawang dan ayam tumis jer?
Hahhahaa!
Lagi-lagi sekarang ni musim panas yang melampau. Asyik berpeluh ajer.

Lepas mandi, sem…

Review| Skin Care SEQY Beauty

Image
Assalamualaikum & Hi semua.

Pada usia dah masuk kategori 'senja nan merah' ni.
Dengan kebizian melampau as WAHM, rasa nak jaga muka pun malas!
Tapi, feeling loser bila tengok muka kusam, jeragat bertebaran dan tona muka tak sekata
Rasa macam "OMG! Ayu, ko ni dah kenapa. Pemalas sangat jaga muka ni"
Haaahaa, drama sangat kan.

Pastu suka tanya nizam:
"Papa, ayu dah tak cantik kan, dah gemuk, muka dah teruk sangat".

Nizam ni suka menyakat yang menambah bara didadaku!
"Takper, dah 37 tahun pun, susah-susah papa carik lain jer".

Amboii choiii sangatkan.
Takper, aku dah langsing semula & kulit cun letop-letopss tau la dia.
Kang taknak kuar outstation, nak dok umah jer ngadap bini
Wah! Bab drama memang win kan?


Actually, muka ayu ada masalah jeragat yang kronik!
Jenis jeragat besar-besar kat pipi kiri dan kanan.
Tengok dalam gambar memang la floles.
*Terima kasih teknologi camera yang menjadikanku jelita wp dalam gmbr sahaja hahaha"
Tapi, kalau te…

Tempah Sarung Sofa di Fella Design

Image
Kan dari awal beli sofa ni,  Ayu dan nizam dah tak berkenan sarung munge-munge ni.  Alhamdulillah, akhirnya dapat juga tempah sarung sofa baru.  Rezeki Allah bagi melalui bisnes De'Xandra Perfume. 


Since dah tau berapa harga kain dan upah, senang la kan.  Sampel sarung sofa pun tak payah bawak, just bawak resit masa beli jer. Tapi, terlupa la pulak bawak sarung throw cushion selai nak buat sampel pilih kain. Aduhai, memang ingat-ingat lupa dan main agak jer yang mana satu.

Kitorang pergi hari Sabtu petang. Best, tak ramai orang. Ada 2,3 orang jer dalam tu. Maka, sesi sawan camera pun bermulalah hahaha. Kali ni banyak jugak ayu snap gambar.
Nanti i share dengan uols.
Kali ni, tawaf berdua dengan hariz jer kat ground floor. Nizam masuk toilet jap, pastu duduk kat luar. Haaa, bagus. Sedap sket bini memilih tanpa perlu bertekak. Yelah, taste tak sama, dia tu leh tahan cerewet. Tapi, biasala... lady boss gak akan menang mhahahaa.
Dania tak ikut. Tambah aman damai, sebab hariz takder ge…