Tuesday, April 12, 2016

DIY Cuci Ekon Cincai-cincai

Dasat tak kitorang?
Sejak guna ekon dah lebih 6 tahun, tak pernah servis.
Jangankan nak upah servis atau tambah gas ke apa kan.
Cuci pun tak pernah.

Beli ekon ni sejak zaman ayu kerja lagi.
Bayangkan dah berapa tahun tu, ada la dekat 8 tahun.

Skang, musim panas yang amat.
Ekon memang manjang on.
Nasib baik  jenis inverter dan 1.5hp jer.
Itu pun menggigil nizam nak bayar bil

Sejak musim tambah panas ni, ekon dah macam tak sejuk sangat.
Pastu mintaklah nizam panggil orang servis.
Dia cakap, cuba cuci dulu mana boleh.

Sekali bila bukak tu...


Hamik ko, takder ruang udara langsung nak kuar-masuk hahahha.
Mana la nak rasa sejuknya lahai.



Nizam pun cucilah benda alah ni. Eh tatau la nak panggil apa kan hahaha.
Dah bersih dengan jayanya.



Nizam cakap, cuba dulu pasang bila dah cuci ni.
Kalau tak sejuk jugak baru panggil orang servis.



Ayu suh nizam sedut-sedut sket dalam ekon tu guna vakum



Maka, gigihlah nizam menyedut habuk-habuk yang dah berumahtangga dengan jayanya dalam tu,

Alhamdulillah, dah sejuk!
Jimat duit buat sementara waktu ni.
So far, gas sejuk dia tu masih rasa kuat lagi. 

Sekian, entry pasal ekon kala musim panas ni.
Mandi air paip pun rasa suam-suam gitu haaha.
Kuar bilik air berpeluh semula. 
Jimat karen takyah dah dania mandi air suam pepagi nak gi sekolah.
Jimat guna water heater, tapi berganda-gandaaaa pulak guna ekon dan kipas :P

Semoga akan turunlah hujan rahmat.
Amin.

5 comments:

Permatabiru said...

hehe lama tu x servis..kalau en.hubby y setiap bulan nak cuci benda alah .. xsempat nak berhabukk dh siap di basuh hahaha

cik hani said...

kami pun baru start guna air cond. tapi jenis biasa. tak inverter.

memang panas betui sekarang.
air pun panas takde langsung nak gigil pagi2

Aty_Fared said...

giler lama tak servis..seb bek tak rosak..keakdang ada ekon ni manja..tak servis lama sikit cepat rosak.. eeaahh..ekon umah kite pon tak berapa manja..tapi kalau tak sejuk tu.. mahu mengamuk gak lah.. musim2 panas ni kan.. bil pon melambung2.. nanges tengok..huwaaaaaa....

khadijah armawai said...

uuuiiii...tebal gitu skali habuk dia. huhuu..

Mama Cahaya Mataku said...

filter tu sepatutnya kerap dicuci. kalau boleh setiap bulan sekali. jangan panggil orang. dia charge mahal. buat sendiri aje...