Tuesday, April 5, 2016

Erti Sebuah Kehilangan

Hi semua.
Dah petang baru dapat naik kat SOHO, on laptop.
Membebel sikit kat sini, lepas tu nak update blog client.
Banyak nak kena kaver sebab laptop rosak minggu lepas.

Mood nak buat kerja, sejak Isnin lepas sangat teruk.
Mujor ada Pamoga tak kerja dengan majikan.
Kalau tak, mau kene sekeh kepala dengan boss kerja asik tak siap.
Dan, erkkk tak perfect!

Isnin pagi minggu lepas.
Ayu dapat perkhabaran duka daripada salah sorang sahabat ayu.
Bondanya telah kembali ke rahmatullah.
Ayu pernah jumpa arwah beberapa kali masa belajar kat MMU.
Baiknya arwah, malah pernah bagi ayu duit raya.
Dah besar dapat duit raya lagi, terharu rasa.

Since dapat berita tu, ayu rasa tak keruan.
Apakan daya jauh, tak dapat menziarah.
Nak call kawan ayu tu, tak sampai hati rasanya.
Nanti ayu pulak lebih sudu dari kuah menangesnya.
Bertambah duka sahabat ayu tu.

Hanya doa mampu dikirimkan.
Semoga arwah tenang disana bersama kekasih Allah.
Dan semoga sikit demi sedikit, mereka sekeluarga dapat lalui dengan tabah.

Kehilangan ahli keluarga memang menyakitkan.
Ia umpama separuh jiwa kita direntap.
Luluh hati, sesak nafas menyucuk-nyucuk setiap kali nafas dihela.
Rasa macam mimpi.

Ayu dapat selami perasaan sahabat ayu tu.
Sebab 2 kali ayu lalui kehilangan mengejut.

3.6.2003. Semester akhir ayu di MMU (extend 1 semester masa ni).
Arwah ayah meninggal sakit jantung.
Sesak nafas, then beberapa belas minit lebih kurang terus meninggal.
Tak sempat arwah lihat ayu grad :(

Then, sebuah lagi kehilangan.
It was on 8.12.2014.Arwah abang, pernah masuk wad sebab demam kuning.
Sebulan lepas tu, masuk wad lagi sekali.
Petang ayu datang melawat, dia dah koma.
Koma mata terbuka, ingatkan dia sedar.
Sebab dalam drama biasa tengok orang koma mata pejam.
Rupanya koma.

Tak boleh lupa, airmata dia meleleh masa tu.
Ayu bayangkan dia berusaha nak bukak mata
Nak tengok Dania, sebab dania kesayangan dia.
Pasti dia tak mampu, walau dah cuba sedaya upaya.
Menjelang subuh esoknya, dia pergi jua.

Selain tu, kehilangan ahli keluarga lain ada.
Macam emak saudara, sedara-mara.
Tidaklah terasa sangat.
Cuma emak saudara ayu yang meninggal sebelum mak ayu sakit.
Tu mak sedara paling rapat dan ayu sayang sangat.
Sebab dia paling rapat dengan mak, selalu datang rumah kami.
Pernah datang rumah ayu masa di Shah Alam dulu.

Allahu rindunya pada mereka. *nanges*

Bila insan yang terdekat dan kita sayang pergi.
Kita akan rasa lost. Tak tau mana nak mula semula.
Rasa takder daya upaya nak lalui.
Setiap benda yang berkaitan dengan mereka.
Akan ingatkan kita pada mereka.

Nak pulihkan rasa sedih tu memang tak mampu.
Cuma sikit demi sedikit, kita kena bina kekuatan.
Nanges tu biasa. Normal. Nangeslah sepuasnya.
In fact, sampai sekarang, bila ingat arwah ayah dan abang, memang nanges.

Kita pun tak tau bila kita pulak akan pergi kan?
Antara salah satu cara ayu pujuk hati ialah cakap kat diri sendiri.
"Aku juga akan ke sana, cuma tatau bila dan bagaimana".

Sesungguhnya hidup ini sangat singkat.
Umpama singkatnya waktu antara maghrib dan isyak!

Al-fatihah buat seluruh umat Islam yang telah pergi mendahului kita.
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama mereka. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...