Friday, April 22, 2016

Idea Deko Pokok Dalam Rumah

Beberapa minggu lepas, kitorang pergi Tesco.
Ayu beli 3 bijik pasu plastik kaler coklat ni
Nak tanam pokok lidah mak mertua sepokok-sepokok.
Pastu, nak letak dalam rumah.



Pasu putih 2 bijik tu beli kat Tesco jugak, lama dah.
Well, nak gi Ikea kemahen susah kan, layan jer la cap Tesco.



Fuh! Memang ngam-ngam isi macam ni.




Ayu tanam 2 pokok lidah mak mertua dalam pasu tu.
Ni ambik kat rumah mak mertua.
Hehhe, sesuai dengan namanya ek?

Alahai, keciknya pasu... kesian pokok hehhee.




Senang jer nak deko-deko pokok kecik dalam rumah.
Dah tanam dalam pasu tu, sumbat ajer dalam pasu lawa sket.




Dah siap!





 Saja nak bagi suntikan hijau-hijau dekat area rak buku.
Simple, jimat kos dan cantik!

P/S: Pokok ni tajam hujungnya.
Memandangkan kat umah ni ada 2 kanak-kanak ribena.
Maka, kenalah letak tempat yang selamat.

Apa lagi, buat peminat pokok-pokok dan deko.
Bolehlah cuba.

Ada lagi gambar-gambar pokok. Nanti saya share :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...