Monday, April 4, 2016

Kembali Bersiaran Bila Laptop dah 'Sehat'

Assalamualaikum.

Petang Selasa minggu lepas, laptop ayu rosak. Buat kerja kat ruang tamu, pastu Hariz tekan apa ntah, terus rosak. Kebetulan nak rosak kat tangan dia, jadi sedapla mama dia ngadu kat papa dia hariz rosakkan laptop hahah keji perangai!

Disinilah bermula ceritanya. 




Huhuuuuu. Hari Jumaat hantar repair, then Sabtu petang dah boleh ambik. Hard disk rosak. Data semua takleh selamat. Syukur folder gambar dari tahun 2010 - 2014 selamat. Itu pun sebab pernah hantar kedai sama untuk repair laptop tahun 2014 dulu, dia ada buat partition lain, dan dia save dalam tu gambar-gambar.

So dari tahun 2014 lepas labtop repair dulu hinggalah 2015 dan Mac 2016 semua dah takder gambarnya. Oh sedeh. Syukur gambar arwah abang ada lagi dalam folder yang selamat tu. Tapi memang banyak la gambar family tahun 2014 - Mac 2016 tu. Sedehnya. Sebab dah lama ayu tak upload kat memana tempat lain. Huwarghh nyesalnya, asyik bertangguh ajer :(

Data-data bisnes, html code blog pun semua arwah. Kena mula dari scratch. Seksanya lahai rasa. 


Hard disk baru RM220.
Format + install Adobe Photoshop & AI: RM68

Pastu saya beli laptop cooler: RM38.

Gitu laa, RM336 melayang soobb sooobbbbb.

Staf kedai tu cakap salah satu faktor hard disk rosak sebab laptop panas. eh! dah sejuk apa ai pasang table fan tau tetiap kali guna ahhaha. Yer, memang pun laptop ni cepat panas. In fact, bateri pun dah kong terus. Yelah, dari tahun 2010 lagi beli.

Dia cakap, laptop macam baru lagi. Hehehe, biasalah iols cermat, sayang barang, bukan senang nak dapat kan, kenalah jaga sepenuh kasih dan sayang gitu.


Inilah wajah barunya. Bukan beli baru, tapi baru perabih duit tuan dia huhu. Nak taknak pasni kena gigih save gambar tempat lain, selain hard disk laptop jer.


Inilah sebabnya seminggu saya tak update blog. Dengan blog client lagi nak kena kaver entry terlepas. Nanges mak uols!

Okey, saya ada beli 3 pokok bunga kenit-kenit Jumaat lepas. Tunggu tau... nanti saya share. Oh! Ketapang Brazil belum beli lagi, masih rasa sayang duit nak beli ahaks!

Jumpa lagi. Nak masak dulu, jap lagi Alish balik solah. Dia dah order nak makan ayam gorengggg ksc (*kfc).


P/S: Jom beli De'Xandra Perfume. Bond Her & Bond 9 ada banyak stok. Let's borong uols!


No comments: