Friday, April 15, 2016

Pindah SOHO la pulak!

Assalamualaikum.

Dah Jumaat dah kan, dan hari ni dah pertengahan bulan April dah. How time flies! InsyaAllah, start hari Ahad ni, mak ayu atau anak-anak panggil Nenek Jah akan tinggal dengan kami. Tak tau la berapa lama kali ni mak dok sini hehehe. Biasa paling lama sebulan lebih, dah mula rindu nak balik kampung. Biasala, rumah sendiri jugak yang paling selesa.



Semalam bincang dengan Nizam, nak beli tilam bujang satu. Beli yang ringan jer senang nak angkut turun-naik tangga. Sebab sekarang ni cuaca makin panas, rasanya tak sanggup mak dan dania tidur dalam bilik. Ikutkan dania tu, memang manjang nak ber-ekon. Ohoiii, kejung la Nenek Jah kesejukan hahaha. Biasa bila dania dah lena dalam pukul 3am, Nenek Jah akan off ekon. Dania bukan sedar pun ahaks. 

Sekarang ni, ekon dalam SOHO ayu jer berfungsi. Ekon bilik kami tak berfungsi. Tak sejuk. Mula-mula orang pasang lagi dah tak sejuk. Pasang tak sampai setengah jam, terus tak sejuk. Dah sekali mamat tu datang tengok, dan konon betulkan. Tak jadik jugak. Pastu terus tak datang-datang. Macam-macam alasan bagi. Mula-mula tu sepupu mati accident la, pakcik sakit la, kerja la. Eh, time mintak pasang mula-mula boleh pulak menipu majikan sampai ambik MC, ni bila time nak kena betulkan balik apa dia silap pasang, banyak alasan. 


Pastu nizam diam ajer. Nizam ni jenis tak banyak cakap, bukan macma bini dia hahah. Haaa budak ekon, makan la duit tak halal tu, dah la ekon biasa dikatanya inverter. Ayu siap check lagi website Sharp, ekon tu jenis biasa. Ni utk mengesahkan lagi cina kedai ekon ni cakap bukan inverter. Yelah, bila inverter kan upah pasang lagi mahal. Sedap jer dia kelentong kitorang. Hampeh betul!

Ayu dah cakap kat nizam, kalau benda-benda camni, tak payah la suruh orang Melayu. Bukan racist atau taknak tolong bangsa sendiri, tapi tengok lah! Dari masa dorang dok pasang lagi, ayu dah pelik. Apsal lama sangat ambik masa. Cina datang pasang masa ekon kat bawah dulu dan dok SA dulu sekejap jer dah siap. Ini dari 11am sampai 6pm lebih baru siap. Kalau jadik takperlah. Dah double cost nak upah orang. Eiii, terbayang muka dia sakit jer hati ni. 

Ni nizam tengah mencarik lagi orang datang tengok semula. Kena bayar harga sama pasang baru atau kena bukak pasang semula pun takperlah, nizam bayar. Asalkan dapat berfungsi. Takper ko mamat, iols tak halal duit tu. Buat la kerja macam tu, tak berkatnya hidup.

Hari ni, nak kena alihkan meja kerja ayu ke bilik ekon tak sejuk tu. Nak beri laluan pada dania dan nenek jah tidur dalam bilik SOHO ni. Dania ni, kalau tidur dia nak berkepit. Nenek suruh dia tidur atas katil, dia tidur kat tilam atas lantai pun dia takut. Manalah muat katil bujang nak tidur berdua hahahha.

So, ayu kena letak meja kerja dalam bilik master tu. Alahai, berpanas la daku sementara ekon ok semula. 


Okey, sekian bebelan. Bye!

1 comment:

cik hani said...

bilik kami pun dah ada ekon..memanjang nak berekon.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...