Thursday, April 21, 2016

Review| Skin Care SEQY Beauty

Assalamualaikum & Hi semua.

Pada usia dah masuk kategori 'senja nan merah' ni.
Dengan kebizian melampau as WAHM, rasa nak jaga muka pun malas!
Tapi, feeling loser bila tengok muka kusam, jeragat bertebaran dan tona muka tak sekata
Rasa macam "OMG! Ayu, ko ni dah kenapa. Pemalas sangat jaga muka ni"
Haaahaa, drama sangat kan.

Pastu suka tanya nizam:
"Papa, ayu dah tak cantik kan, dah gemuk, muka dah teruk sangat".

Nizam ni suka menyakat yang menambah bara didadaku!
"Takper, dah 37 tahun pun, susah-susah papa carik lain jer".

Amboii choiii sangatkan.
Takper, aku dah langsing semula & kulit cun letop-letopss tau la dia.
Kang taknak kuar outstation, nak dok umah jer ngadap bini
Wah! Bab drama memang win kan?


Actually, muka ayu ada masalah jeragat yang kronik!
Jenis jeragat besar-besar kat pipi kiri dan kanan.
Tengok dalam gambar memang la floles.
*Terima kasih teknologi camera yang menjadikanku jelita wp dalam gmbr sahaja hahaha"
Tapi, kalau tengok real depan-depan. OMG! Horror mukaku

Kadang, rasa seram tengok muka sendiri hahahha.
Kenapalah aku tak jaga muka dari remaja dulu.
Masa remaja dulu, sapp sapp suiii jer pakai bedak talkum baby Johnson's.
Eh, sampai skang pun i pakai bedak tu, wp dah kuar berita yang bedak tu bahaya.
Tapi, i is tetap suka bedak tu jugak!

Ayu ni, start naik jeragat bila dah bersalin Dania.
Faktor genetik pun yer jugak.
Dah la malas jaga muka ikut step.
Cuci muka ok laa, tapi bila tang toner, mosturizer, day & night cream memang malas!
Konsisten pakai masa mula-mula beli jer dalam seminggu.
Lepas tu? yang abis cuma Cleanser ajer, lain-lain sampai expired ngko!

See, nak cantek tapi tahap pemalas tu hazabedah punya tahap okey!
Pastu bila muka dah makin sendu, mulalah nak drama ngan laki.
Siap cakap "yelah ayu dah tak cantik macam dulu"
"Ek elehh" bak kata DUKE hehehee.

Carik punya carik dan tukar punya tukar skincare.
Akhirnya ayu beli SEQY Beauty.
Actually ni dah kali kedua ayu beli.
Kali pertama tahun lepas hahahhaa.
Pastu bila dah habis, ayu guna produk lain.
2x tukar dah, tapi tak sesuai. Rasa SEQY Beauty jugak best.


Cantik packaging baru Skin Care SEQY Beauty.
Kalau korang kaki blogging dan blogwalking macam ayu hehe.
Korang mesti kenal founder SEQY Beauty ni.
Macam ayu, bukan founder jer ayu 'kenal' di alam maya.
Malah dengan family dorang sekali.
Maklumlah, masa kerja dulu blog dorang la jadi bahan bacaan hahaha.

Tahniah Zuhana aka Sepet dan Qery kerana dah makin berjaya dengan bisnes.
Tahniah juga kerana hasilkan produk yang mungkin boleh jelitakan Kak Ayu :P



Skin Care SEQY Beauty terdiri daripada:
Cleanser
Toner
Serum
Day & Night Cream

Satu set ni berharga RM130
Ni set biasa.
Ada juga set besar dan loose items





Fungsi dan Kelebihan:


Cleanser

1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
3. Membuang kotoran padan wajah
4. Anti-Oxidant
5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
6. Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
10. Anti-microbial


Toner

1. Membantu menstabilkan pH kulit

2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
6. Mengawal sebum (kelenjar minyak)
7.Mengurangkan radang (kemerahan).


Serum
1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
2.  Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
4. Menghalus serta mencerahkan kulit.
5. Menutrisikan kulit.
6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
7. Menghilangkan flek pada wajah.
8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
9. Mengawal sebum.


Day & Night Krim
1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
3. Mengecilkan pori-pori
4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
5. Menghilangkan parut di wajah
6. Menyegarkan kulit wajah.
7. Mengawal minyak
8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
9. Melicinkan tekstur kulit
10. Melindungi kulit dari sinaran UV


Set kedua ni, dah nak abes ayu pakai.
Nampak gayanya bulan depan kena beli lagi nih.

Pakai memang rasa best dan palingggg penting tak 'berlengas'.
Paham tak perasaan bila pakai skincare kita rasa berlengas?
Melekit la uols.

Lagi-lagi musim panas melampau ni.
Memang ayu takkan pakai kalau rasa melekit 
Skin Care SEQY Beauty ni memang tak melekit, rasa selesa jer
Sebab pakai jer, ia akan cepat serap ke muka dan rasa ringan jer.

Ni memang ciri-ciri skincare yang ayu nak sangat.
Kebanyakan skin care yang ayu pernah cuba, tak selesa pakai.
SEQY Beauty memang best.

Bau pun wangi dan mild jer rasa.
Cleanser tak pedihkan muka.
The whole items dalam set ni tak menggelupaskan kulit.
Kulit muka rasa lebih lembut, tona muka dah makin sekata.

Haaa, yang paling best jerawat dah tak naik!
Walaupun ayu jenis muka tak berjerawat sangat.
Sekali sekala jer jerawat naik seketul dua bila hormon remaja tetiber muncul haaa haaaa.
Tapi sejak pakai SEQY Beauty, alhamdulillah tak naik dah.

Cuma tang jeragat tu, ayu pun tak harap boleh hilang
Sebab ayu memang tau, jeragat ni sebati dengan kulit.
Kalau buat laser haaa, tu baru ayu yakin boleh hilang sepenuhnya.

Cuma dengan pakai skin care SEQY Beauty ni.
At least kemunculan jeragat baru dapat dielakkan atau dikurangkan.

Tapi, yang paling best.
Muka nampak dah kurang kusam walaupun pakai tak habis 1 set lagi.

Bangun pagi semangat jer nak tengok cermin skang hahaha.
Kalau dulu, i is seram uols.

Okey, ni bukan entry berbayar yer.
Just my personal review based on my own experience guna Skincare SEQY Beauty.

Jika berminat nak tau lebih lanjut boleh pegi baca kat sini:

Ayu beli dengan Ceera (kakak Sepet founder SEQY Beauty)
FB: Ceera Noh


Okey, jumpa lagi uols.
Doakan i jelita yer hahahhaaa.

No comments: