Tuesday, April 19, 2016

Ruang Tamu Memboringkan!

Seriusly, sejak tukar sopa dari L-Shape gemok ke sopa 3 + 2 seater.
Ayu rasa susahnya nak deko ruang tamu.
Ruang tamu kira agak besar la
Cuma, ayu dan nizam tak suka rumah banyak barang.
Laluan nak kuar masuk taknak ada halangan.
Kalau boleh depan pintu, nak kosong jer.
Dah la tilam selambak depan tv.
Anak-anak tengok tv nak sambil baring ajer.
Dah terbiasa sebab papa mama gitu dari sejak kawen hahaa.
Dah tu, nak salahkan anak ek?

Camni ler ruang tamu kitorang skang.
Boring sangat tengok!

Oh ya, nizam cat ruang tamu ni masa ayu dan anak-anak balik Besut cuti sekolah hujung tahun lepas.
Seprais katernya, bini dan anak-anak balik dinding dah warna baru.
Yer, seprais la sangat, sebab memang menjadik sepraisnya sebab ada 2,3 titik cat melekat atas sopa.
Stress maksik.


Mata ni haaa, sakit jer tengok 3 bijik 'diamond' kat dinding tu.
Weekend lepas tak jadi pegi Nilai 3 beli cermin besor.
Plan nak gi lepas asar, redup sket dah petang.
Sekali, hariz nap... dengan papa mama skali tumpang nap sama.
Hahhaa, dasar kuat membuta sangat kan.
Maka, kitorang pegi Nilai 3 'dalam mimpi' jer la!



Kalau letak Ayat Kufi pun lawa kan?
Letak yang setepek besar gedabak!
Tapi, duit la pulak tak berapa nak banyak selepuk gitu.
Ayat kufi mahal weh!



Ewah, di mana ada ayu. Disitu ada pokok money plant.


Bila tengok deko rumah orang cantik, rasa semangat jer nak deko jugak
Camtu jugak bila tengok umah orang kemas dan bersusun-atur jer,
Dan-dan tu jugak nak berdeko, bersusun-atur dan berkemas bagai.
Padahal nan ado buatnya. 
Kemas sappp sappp suiii sudah. End up, sama jer sepahnya hahaha.

Alahai, letih makcik asik mengemas tapi hasilnya tak letops pun.
Dah tu, mainan dan buku hariz dania melambak jer kat ruang tamu.
Redha jer la, anak tengah membesar.
Cuma, still under control.
Orang tengok dah kemas, tapi pada penghidap OCD.
Oh! Seksa tau. 

Dah cuba nak 'pejam mata' buat-buat tak nampak
Atau, menganggap 'bersepah' itu seni dan kretif.
Tapi, iols hanya insan OCD yang lemah
Tak terdaya uols hahahaha.

Sudahnya, daku mengemas jugak.
Anak sepah, mama kemas.
Papa sepah, mama bebel kat papa. EH!
Hihihiiii. 

No comments: