Friday, April 29, 2016

Surirumah Jerrrr? Uhuksss!

SUMBER: Panduan & Inspirasi Wanita Bekerja di Rumah


Catatan di 'muka buku' adalah catatan yang sangat menggores perasaan. Keyboard warrior menunjukkan taring masing-masing sambil berselindung disebalik skrin smartphone atau laptop. Mereka bebas meluahkan pendapat tanpa noktahnya. Pelbagai topik diutarakan yang mengundang pelbagai reaksi, telahan, membuka aib dan fitnah.

Inilah dunia akhir zaman!


Terlalu banyak hal yang dipertandingkan. Aku hebat, kau tak hebat. Aku kerja kerajaan, hidup dan masa depan aku terjamin. Aku ada pencen dan pelbagai kemudahan kerana aku bekerja kerajaan, kau kerja swasta jer, ko tak kerja, surirumah jer?

Kau surirumah, tak bergaya. Selekeh. Berkain batik berbaju t-shirt lusuh. Lupa dah cara pakai lipstik apa lagi mekap! Ko rugi belajar tinggi-tinggi tapi terperuk di rumah. Mak atau mak mertua sayang aku dan suami aku lebih, sebab kami kerja kerajaan, makan gaji, kau tak kerja harapkan suami jer tanggung. 

Yadaaa... yadaaaa... yadaaaaa.


Halooo... ia bukan untuk dipertandingkan! Kehidupan masing-masing biarlah masing-masing tentukan. tak perlu nak bertanding. kerana setiap orang punya pilihan masing-masing. Jadi, kenapa perlu risau atau ambik peduli dengan hal SEREMEH ini?

Semoga rakan surirumah kekal tabah dengan kata-kata sebegini. Jangan sedih-sedih. Rezeki di tangan Allah, DIA Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya. InsyaAllah, tak kebulur pun kalau tak kerja dengan kerajaan.

P/S: Ini adalah rumusan daripada beberapa pertanyaan dan keluh-kesah daripada wanita yang berkongsi kisah mereka kerana dipandang rendah oleh keluarga mertua kerana tidak bekerja kerajaan. Alahai, masih ramai yang berfikiran kolot! Biarkan mereka dengan 'pencen' mereka itu :)

1 comment:

SARAH AMIN said...

Seriously sy dah lama nak jadi suri rumah..tak boleh berhenti sbb komitemen tinggi..byk hutang..alhamdulillah..berkat doa dpt jugak jadi suri rumah jaga anak sepenuh masa..itu goal hidup sy..bukan nk emas takat siku atau pakai tudung paridah yg mahal tu... so masing masing dgn rezeki masing masing..jd suri rumah lg best..itu pandangan sy lah..dah 11 thn jadi engineer tp sy tak regret tinggalkan kerjaya sy. saya ada anak didepan mata.