Saturday, April 23, 2016

Takut!

Minggu ni, terkesan sangat dengan kematian arwah adik Nuri yang meninggal dipatuk ular. Al-Fatihah buat bidadari syurga yang sangat comel. Semoga keluarga arwah tabah laluinya. Terus terbayang, andainya ia kena kat keluarga sendiri. Nauzubillah. Kesannya pasti sepanjang hayat.

Kita pasti redha dengan pemergian insan yang kita sayang, apalagi anak sendiri. Namun, semua tu takdir kerana telah tertulis di loh mahfuz bila, di mana dan bagaimana kita akan kembali kepadaNya.

Since that, bila tengok anak-anak rasa sayu jer. Time nak marah atau geram tu, cecepat istiqfar sebab kita tatau sampai bilakah mereka akan dipinjamkan buat kita.

Lagi sedih pasal arwah adik Nuri tu ialah bila baca notes kerinduan yang arwah tulis untuk ayahnya. Allahu, sedihnya.


Pastu, kat Facebook ramainya dok share pasal ular!

Alaaa takutnya. Sampai malam tadi nak tidur rasa seram jer. Dah la nizam keluar melepak ngan kawan dia sampai 3am baru balik. Ayu dan Hariz jer tidur kat bawah. Mak & Dania tidur kat atas. Nak naik atas, malas sebab Hariz dari maghrib dah tertidur, penah main seharian dengan cousin dia.

Tidur-tidur ayam jer rasanya malam tadi, sampailah nizam balik. Dah la bila balik tu dia dok siram air kat beranda ni. Dalam hati dok kata "Eh, nizam ni langgar apa-apa ke nak hapuskan bahan bukti". Wah! CSI sangat kan imaginasi tuh hahahhaa.

Pastu ayu selak langsir sliding tanya dia:
"Kenapa, ada langgar apa-apa ke?".

Dia jawab:
"Tak adalah, bau kucing kuat sangat kat luar ni".

Hahhahaha, tu la nak bela sangat kucing!


Pastu, sampai ke pagi ni dok fikir pasal ular! Takuttt. Dah la kat beranda tu bersepah-sepah banyak barang. Dengan sebijik washing machine lagi kat luar tu. Rasa sampai pokok bunga pun dah takut nak bela. Kalau siram pokok, pancut sekuatnya air paip, berdiri jauh-jauh hahahha.


Ya Allah, musim panas ni kan. Binatang pun terkesan. Ada terbaca dalam surat khabar semalam, ayam pun 'stress' dengan cuaca panas, menyebabkan berat badan ayam naik lambat 2 hari berbanding tempoh biasa yang dah sesuai dijual ayam tuh.

Mana taknya, kat umah ni mandi pun air rasa suam, makin malam makin rasa panas air. Pagi semalam jer rasa sejukkk air paip sebab petang kelmarin hujan lebat.

Ingat hari ni, kalau tak pergi Fella Design Bukit Subang, nak ajak nizam kemas-kemas kat depan. Itu pun kalu rajin. Uhukssss! Takut tapi malas.

Apa pun, semoga Allah lindungi kita semua. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...