Wednesday, April 20, 2016

Tempah Sarung Sofa di Fella Design

Kan dari awal beli sofa ni, 
Ayu dan nizam dah tak berkenan sarung munge-munge ni. 
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga tempah sarung sofa baru. 
Rezeki Allah bagi melalui bisnes De'Xandra Perfume. 



Since dah tau berapa harga kain dan upah, senang la kan. 
Sampel sarung sofa pun tak payah bawak, just bawak resit masa beli jer.
Tapi, terlupa la pulak bawak sarung throw cushion selai nak buat sampel pilih kain.
Aduhai, memang ingat-ingat lupa dan main agak jer yang mana satu.


Kitorang pergi hari Sabtu petang.
Best, tak ramai orang. Ada 2,3 orang jer dalam tu.
Maka, sesi sawan camera pun bermulalah hahaha.
Kali ni banyak jugak ayu snap gambar.
Nanti i share dengan uols.

Kali ni, tawaf berdua dengan hariz jer kat ground floor.
Nizam masuk toilet jap, pastu duduk kat luar.
Haaa, bagus. Sedap sket bini memilih tanpa perlu bertekak.
Yelah, taste tak sama, dia tu leh tahan cerewet.
Tapi, biasala... lady boss gak akan menang mhahahaa.

Dania tak ikut. Tambah aman damai, sebab hariz takder geng nak berlari.
Kalau tak, jenuh memanggil dorang jer jangan pegi jejauh. 

Sejak usia dah masuk kategori 'senja nan merah' ni, 
Nak share gambar kat media social pun dah segan hehehe. 
Faktor penuaan barangkali :P
Jadi, share gambar jejauh jer la yer.
Ahaa, bagus jugak hariz dok depan tu, dapat la kaver mama dia sket.





Ni view area untuk tempahan jahit langsir, sarung sofa dan yang sewaktu dengannya.
Banyak jugak pilihan fabrik kat sini.
Yang semestinya harga buleh bikin naik darah kat kepala secara drastik.
Tapi, takder la mahal melampau. Okay sangat dengan kualiti dan brand.
Yelah, barang skang manada murah dah.
Even kat Nilai 3 pun kain cekik darah reganya.



Silalah mencuci mata.
Cantik pulak kaler sofa ni.






Bagus Fella Design letak kain display macam ni.
Senang nak tengok. Lawa-lawa yang corak abstrak.
Buat sarung throw cushion mesti lawa nih.



Pilihan fabrik untuk sofa.




Nama staf yang bertugas tu En Zul.

Bila dah bagi resit masa beli, beliau tau kain tu yang mana.
Ini dia... ada pilihan warna untuk range harga kain sofa macam ayu nak.


Masalah negaranya pulak ialah bila saya lupa nak bawak sarung throw cushion.
Memang dah ingat dah, kena bawak ni selai.
Sekali dalam dok kalut tu lupa.
Ye la... iols kan stress sebab laptop rosak.
Petang pegi Fella, malam nak kena singgah kedai repair laptop.
Dah ler kena RM300 laptop tu huuhuuu.
Terus ilang ingatan jap nak bawak sampel kain.

So, redha jer la ambik kaler yang rasanya sama dengan body sofa tu.
Oh yer, ayu pilih kain plain sama dengan body sofa.
Tak amik kaler lain, sebab nak nampak cerah.

Untuk nampak menariks, 
Beli jer sarung throw cushion macam-macam corak dan warna.
Wah, banyak duit kooo ayu hahaha.
Takper, berangan kan takyah bayar!

En Zul cakap, bila dah siap dia akan call.

By the time ayu buat entry ni.
Hari Isnin kelmarin En Zul call, dah siap katerya.
So, InsyaAllah hari Jumaat atau weekend ni kami pergi amik.

Oh cepatnya siap.
Kang ada jugak tak menyempat nak pasang.
Belum raya dah pakai sarung sopa baru ahaks!


Nanti ayu share gambar-gambar kat Fella yer.

Oh, dah plan.
Pegi amik sarung sopa nanti, nak ronda tingkat atas pulak.
Nizam biar dok dalam keter atau lepak luar jer layan coc.
Baru ler dapat tawaf dengan aman damai ahaks.

Jumpa lagi!



No comments: