Friday, April 8, 2016

Weekend Datang Lagi

Pepetang lepas nap baru nak update blog.
Pagi fokus dulu update blog client dan uruskan order De'Xandra.

Eh! Nak tayang dulu pokok bunga keladi baru beli minggu lepas.
Pegi nursery lagi uols masa balik dari hantar laptop.
Nursery Sg Chua Kajang, yang pergi masa nak survey ketapang Brazil.

Sayu hati tengok pokok ketapang Brazil 3 pokok tu ada lagi kat situ.
Takder orang nak beli lettew, mahal sangat hahaha.
Eleh, diri sendiri tak mampu, dan-dan nak samakan org lain kan?
Keji sungguh perangai ni haaha.
Tapi, siapa tau kot salah satu pokok tu berjodoh dengan ayu kan?


Tunjuk dulu sejenis.
Ayu beli 3 jenis pokok renek-renek macam ayu untuk indoor.
Kalini, tak beli money plant dah hahah. 
Nanti ayu share gambar pokok2 ni dalam entry lain.


Skang ni, bawak turun laptop dan buku notes kerja dan bisnes kat hall.
Hari minggu, nak spent masa ngan family.
Tak balik kg, musim panas ni dok rumah lagi best. Ada ekon hahaha.

Lagi pun, InsyaAllah next week mak ayu nak datang.
Balik Keratong ambik mak jer nanti bila mak datang.
Lagi pun sekarang, hari Sabtu Ahad rasa sekejap jer.
Balik Keratong dah sampai malam sabtu, rasa letih dah.
Dapat rehat sehari jer  hari Sabtu.
Ahad dah nak balik sini semula.
Nak kemas rumah, pack barang, unpack semula... letih.

Hari ni nizam meeting dan ada jamuan kat opis.
Esok kalau dia rajin, nak ajak pergi Nilai 3 beli cermin besor.
Nak letak kat dinding tepi sopa. 
Nak tutup 3 cermin diamond senget kat dinding. 
Dapat tutup 3 cermin diamond tu, baru sedap mata mandang.

Hopefully kalau pergi, dapatlah carik cermin cantik dan murah.
Kalau ke sana, rasa nak pegi KK Home Decor.
Nak beli pasu putih untuk letak pokok-pokok renek hidup ni.

Okey, sekian ahhaa.
Nak update gambar-gambar De'Xandra Perfume untuk Agent.
Kena lebih sistematik since agent dropship dah bertambah.
Syukur Alhamdulillah, semalam 4 orang sign-up as agent dropship.
Bertambah juga agent DS ayu dari Sarawak.
Juga semalam yang daftar dari Johor Bahru, Selangor, Sarawak dan Pahang.

Ada lelaki dan perempuan dalam team Ayu.
Takper, kami bisnes secara profesional.
Ada sorang agent ds ayu yang lelaki, laju dia bisnes.
Betullah, bisnes perfume ni memang pasaran luas
Dan sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ayu sentiasa doakan semoga kami dapat bekerjasama dengan baik.
Takder nak dengki ke apa. Kena sabar dan timbang rasa.
Sama-sama capai impian untuk jana income dengan De'Xandra.
Dan, takder la nak caras-caras sesama sendiri demi kepentingan diri.

Dalam bisnes berkumpulan ni.
Ayu pegang pada prinsip "we need two to tango".

Semoga kami semua berjaya dan mewangi bersama-sama.
InsyaAllah.

Eh, ada ke nak mewangi jugak?
JOM!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...