Wednesday, April 6, 2016

Working at Home Mother: Antara Realiti dan Fantasi

Wow tajuk, wawawoommmm sangat kan? Hahhahaa.

Well, sedor tak sedor diri ni, 1/4/2016 hari tu.
Dah genap 6 tahun ayu jobless tak kerja makan gaji.
Eh, makan gaji jugak sebagai Ghost Writter..
Cuma yang bestnya kerja dari rumah.
Walaupun dah tak menjawat jawatan di mana-mana organisasi.
Tak pakai glemer-glemer pegi pagi balik petang.
Tapi, syukur apa adanya.

Dah 6 tahun tak kerja.
Pernah join MLM hahahha.
Pernah buat macam-macam bisnes.
Cuit sana, cuit sini... tak fokus macam tu la.
Tengok orang buat, nak buat.
Tapi sekerat jalan.
Sebab tak kena dengan minat dan rasa takleh buat.
Mana-mana yang rasa suka, boleh buat baru ayu akan buat
Dengan ungkapan 'happily ever after' hahahha.

Setakat ni, yang paling ayu suka buat ialah sebagai blogger.
Mungkin sebab ayu suka membaca, menulis dan berkongsi.

Ada juga kawan rekemen ayu buat bisnes tudung.
Buat jenama sendiri.
Oh! Saya sangat tidak berani ambik risiko tu.
Walaupun modal boleh mula dari sikit jer
Tapi, rasa tak minat.
Sedangkan jual tudung orang lain pun sekejap jer.
Apa lagi nak jual yang brand sendiri.
Tapi soon tatau la kan, kalau Allah dah kata saya usahawan tudung
Eh, kenapa tudung? Hahhaha. ok ni takder kaitan ngan Paridah yer.

As for now, saya fokus sebagai blogger bergaji bulan
Dan juga bisnes De'Xandra Perfume.
Saya suka bisnes De'Xandra. It's daily cash income source for me.
Boleh target nak berapa. Dan saya submit target tu pada si Pemberi Rezeki'.
And, i'll work for it.
As for now, since buat bisnes De'Xandra.
Alhamdulillah, banyak dah saya dapat capai dan selesaikan apa saya nak haha.
Yelah, komitment saya tinggilah jugak.
Dan, saya ni kaki shopping barang rumah.
Apa saya nak atau berkenan, i will work for it, sampai dapat.
Nizam dah tak kwase nak layan sebab bukan duit dia pun.
Saya tak susahkan dia, dia okey jer.
Cuma dia disusahkan bila saya suruh dia bawak saya ke kedai tu.
Pastu siap cakap kat dia, untung tau dapat bini usaha sendiri.
Hahhaa, keji sangat kan perangai.


Orang kata.
Jadi Working at Home Mother (WAHM) ni mudah.
Seronok, sebab takder tekanan, ada banyak masa, yadaaa yadaaa.
Biasalah... list yang best ajer hahaha.

Hakikatnya?
Dah 6 tahun lalui nih... agak-agaknya caner nak sampaikan ni.

Biasa-biasa jer uols.
Cabaran kerja makan gaji lain.
Cabaran kerja sendiri lain.

Lagi pun, hal kehidupan peribadi ni subjektif.
Setiap individu dan keluarga masing-masing kan berbeza.
Hidup ko lain, aku lain. Tak sama.
Jadi, raikan jer la.
Yang mana tak best tu, lalui jerlah walaupun kelat.
Yang best tu... wallaweiiii nikmati saja dengan senyum 15km.

Tapi, yang paling heaven tak kerja ni.
Takyah nak hadap orang yang kita tak suka setiap hari.
Contohnya, kalau kita tak suka boss atau opismate.
Kita takyah hadap muka dia hahaha.

Bisnes online pun ada jugak jumpa manusia yang kita tak suka.
Tapi, takyah hadap muka dia.
Abes urusan, abes la... takyah amik tau pun.

Eh, asik cakap kita tak suka orang.
Ntah-ntah orang lain tak suka kat kita kan hahahha.

Apa pun, saya bersyukur apa yang ada.
Saya tak kaya lagi pun, rasanya tak kaya-kaya kot hahaha.
Bersyukur setiap rezeki dan ujian Allah bagi.
Sekarang bukanlah masa saya nak berangan untuk masa depan saya.
Sekarang masa untuk bantu anak bina impian mereka.
Cabaran untuk mereka pasti lebih hebat.
Kalau dulu, nak sangat anak-anak berjaya lebih pada dunia jer.
Sejak dah sedor diri, dunia ni singkat jer, amal sendiri pun sendu.
Maka, anak-anak adalah harapan kami.
Takper, saya tak kaya dunia, semoga tak muflis akhirat memadai sangat dah.
Statement loser sangat hahahhaa.

Okey, mungkin saya akan share sikit-sikit tips pasal kerja dari rumah.
Atau mungkin janji tinggal janji kikikiiii.
Tengoklah kerajinan macam mana.

Okey uols, nak bersambung pula di blog client saya.
Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum :)


P/S: Saper nak bisnes De'Xandra Perfume, boleh terus WA/Telegram saya:
013 - 255 0727

No comments: