Friday, May 6, 2016

#AADC2 | Ada Apa Dengan Cinta 2


Masa zaman AADC dulu, it was on 2003.
Ayu masih belajar kat MMU.
Masa tu, kita takder la sampai layan kat wayang kan hehhe
Layan jer la CD kat PC dalam bilik.
CD pun cd cetak rompak hahahha.
Yelah, student sengkek, takder maknanya nak beli CD ori kan.
Kang lari bajet belanja lunch :P



Layan berdua dalam bilik ngan roommate ayu.
Tutup pintu, dia atas katil dia, ayu atas katil ayu.
Waaa... rindunyaa kat bff ayu yang nama ayu jugak.

Rasanya berpuluh-puluhhh kali kitorang ulang tayang tengok
Sampai tahap rasa boleh hafal skrip dan lagu

Yelah lagu-lagu OST AADC semua bestttt!
Especially Ku Bahagia, rasa nak joget2 jer hahaha.

Pastu memasing berangan bila tengok citer tu
Sampai baju pink yang Cinta pakai masa kuar date ngan Rangga pun ingat
Kitorang berdua asal jumpa jer baju ala-ala Cinta pakai
Terus akan cakap "baju Cinta".

Ayu suka watak Alia, dia sangat cantik dan very soft wataknya.
Arghhhh... rindu pulak zaman dok ngan kengkawan dulu.
Hidup tanpa banyak fikir dan komitment.
Walaupun masa tu lah start 'buat hutang' besau.
Apa lagi... PTPTN lerrr!





So...
Bila tau Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ada sambungan.
Terus btau nizam, apa jadik pun nak tengok kat wayang jugak.
Tak mau layan-layan Astro First atau VCD.

"Apa jadiknya, macam mana cara pun, nak tengok jugak!"

Redha jer la nizam menerima bininya seadanya hahaha.

Elehhh, padahal dia pun nak tengok gak.
Dia jumpa ayu semula masa citer AADC masih lagi 'in'.
Siap beli CD engkoooo. Hahhahha





Wohaaa... akhirnya, malam kelmarin dapat jugak tengok AADC2
Nanti petang kalau sempat i buat review.

Internet slow... nak kena siapkan entry blog client dulu.
Matikler, kalau tak sempat siapkan. Tak suka pending task.
Nanti i susah hati hahahhah.

Okey tunggu review Ada Apa Dengan Cinta 2 dari i okey.

*sambil taip sambil terbayang Rangga yang dah nampak sangat matang tapi tetap hensemmmm dan Cinta yang gorgessss. Arhh, rasa nak gi tengok lagi jer hhahaha. Tak sabar tunggu VCD released. Kali ni i beli yang ori punyer :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...