Sunday, May 22, 2016

Fella Design Warehouse Sales

Semalam, sempatlah pergi Fella Design Warehouse Sales kat HQ Bukit Subang.
Kuar rumah pukul 5pm.
Sempatlah siap ronda-ronda bawah 'khemah' dan dalam showroom.
Sempat jugaklah Hariz dapat benjol kat kepala seketul sebab jatuh!
Tu la, masa mama dia sibuk dok belek langsir, dia berlari-lari kemahen galak lagi.
Sekali, gedebukkk jatuh... melalak kemahen kuat sebab sakit.
Terus naik benjol sebijik, haaa rasakan!






Motif utama nak beli wing chair murah-murah.
Yelah, mahal-mahal tak mampu hahaha.
Lagi pun, memang target beli untuk nizam duduk bertapa atas tu
Kang beli yang memahal, aku sayang lak nak kasik dia bertapa haha.
Maka, bajet 1k ke bawah jer, kot ada nak beli benda lain 
Amboi, napsuuu kemahen besor.

Tapi agak kecewa, sebab wing chair sikit sangat pilihan yang ada.
Dah la most of it jenis fabrik berbunga besar-besar.
Memang tak minat la dan lari daripada target nak beli yang plain.

Sebab ayu memang nak beli jenis fabrik plain dan warna coklat.
Ni jer gambar ayu snap untuk area wing chair dan arm chair.
Bawak hariz jalan sesama, susah. Nak control dia lagi.
Papa dia dok dalam kereta jer tak turun.
I like... takyah kecoh tak sependapat nak pilih yang caner hahaha.
Dia tu leh tahan gak cerewet tu.
Tu ayu cakap, "papa tunggu jer dalam kete, kejap jer ni"
Wah.. pandai tak? Hahhahaa


Corak sama dengan sofa ayu kat rumah. 


Ni cantik!
Cuma kain jenis velvet (eh velvet kan?), ayu tak minat
Sebab nanti nampak reflections color cam jadi tak berapa lawa.
Design ni cantik sangat.





View bawah khemah sofa dan wing chair.
Besar jugak, kira puas la memilih.





Kalau pandai pilih, memang berbaloi.
Cuma kebanyakan design hampir sama.
Ala-ala ayu punya 3 + 2 seater yang kat umah.
Harga pun, rasa cam takder beza sangat dengan ayu beli.
Cuma ada lagi murah sebab jenis design kecik sikit.
But as overall, jika uols ada bajet 2k+ hingga 4k boleh dah bersofa baru raya ni.

Pandai pilih dan datang cepat, insyaAllah leh dapat design dan corak cantik.
Cuma, kalau ayu... ayu suka kain polos.
Tu yang kat umah tu, ayu tempah pulak sarung baru. 
Raya nanti baru nak pakai... eh dah tak sabar ni hahaha




Ni pun cantek!
Kalau ada anak kecik pun ok jer sebab rasanya boleh bukak basuh.
Ini kalu ayu beli, mau aku susah hati sepanjang masa hahahaha.




Ni pun cantek!
Geram tengok warna dia tu.


Sini jugak ada jual khemah jual barangan elektrik.
Khemah jual cadar, bantal, tilam dan display cabinet & cabinet tv
Ada jugak side table.
Lawa-lawa dan harga sangat affordable. 
Memang worth it kalau beli.

Geram jugak nak beli cabinet tv, tapi pikirkan nak sumbat mana.
Kalau beli, kena tambah delivery caj pulak.

Maka, kembalilah kepada tujuan asal.
Hanya beli seketul wing chair dan erkk, terbeli jugak 1 meter kain langsir.
Hehee 1 meter jer, sebab nak buat sarung throw pillow.
Nak beli corak lain lagi 1 meter untuk mix & match
Tapi, takder  yang sesuai pulak. 
Maka beli semeter jer. Kot nanti nak gi Elyza's pulak

Okey, sesaper nak shoping.
Boleh ke fella design sales ni.
Bermula jumaat kelmarin - Ahad depan.

Save the date!
Ayu dah kena dok dediam, dok pikir nak beli langsir pulak.
Rasa sakit mata tengok langsir hitam tu.
Tak match dah dengan sopa. 
Jika ada rezeki, InsyaAllah.
Kot dah takder tailor nak amik tempahan huhuuuu,

Okey jumpa lagi. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...