Tuesday, May 10, 2016

Mana lagi penat, jadi surirumah atau wanita bekerjaya?

Dah namanya pompuan kan, dua-dua pun penat.
Penat fizikal, mental, emosi, rohani dan jasmani.
Hah... amik ko, semua pakej saya masukkan.
Nak membayangkan... sama jer penatnya.
Selagi ko namanya pompuan, isteri, ibu, pekerja atau surirumah.
Dengan tubuh badan dan kudrat tak seberapa ni la kita nak jadi 'kuat'.
Terpaksa gigih hokey... gigih!

Saya dah merasa keduanya dah.
Kerja makan gaji bila dah kawen dan ada anak selama 6 tahun.
Pastu, ni pun dah 6 tahun jadik surirumah diva.

Ni based on pengalaman dan keadaan saya lalui.
Sebab life masing-masing kan berbeza, takleh samakan.
Dan, saya ni memang bukan spesis rajin.
Mana saya nak buat, saya buat.
Mana malas, atau boleh tangguh, saya biarkan ajer.

Kalau paksa diri buat, apa yang dah tak larat.
Memang laa mengundang puaka sangat kan hahahha.
Syukur nizam paham.
Walaupun dia bukan jenis menolong di rumah.
Tapi sekurang-kurangnya dia tak memaksa saya buat.

Contohnya saya malas masak hahahha
Kitorang makan kat luar jer, especially weekend.
Dia tau, saya dok rumah bukan goyang kaki dapat duit
Saya cuma tak keluar bekerja macam dulu.
Tapi, saya ada kerja saya sendiri di rumah selain uruskan keluarga.

Tu yang best nak mengelat masak hahaha.
Yelah, bila dia outstation, hari-hari saya kena masak.
Terperap kat umah... sobb sobbbb.
Kehidupan kat Semenyih is totally different dari dok Shah Alam.
Dia tau saya bosan makan masakan sendiri hahaha
Dan dia menyampah kot dengar saya merengek bosan dok rumah.

Anak kami 2 orang.
Orang kata 2 orang jer... manada penat.
Ohooiiii... gila ko tak penat.
Penat jugak... saya jer selalu cakap rileks dok rumah.
Tak jugak, sebab bila dok rumah ni, otak ligat jer pikir apa kena buat
Sebab benda tak siap atau perlu buat ada jer depan mata.

Contoh: lipat kain!
Sumpah! Saya malas lipat kain.

Tapi, kalau dikumpul berhari-hari lagi banyak bertambah malas kan?
Sebab tu dah cuba sehabis daya, angkat jer terus lipat.

Walaupun selalu ke lautttt jugak hahahhah
Kan dah kata, saya malas hihih.

Lagi pun, bila duduk rumah 2 tingkat ni
Rasa macam jaga 2 buah rumah 
Eh, tu belum tambah lagi beranda tu, asik kotor ajer.
Ni lagi la sejak dania bela kucing
Wah wahh wahhh! beranda tu dah jadi pusat sehenti kucing gelandangan dah.
Dengan nizam belikan whiskas letak dalam bekas kat luar.
Memang meriah uols! 
Tapi kalau kucing ber'k atau muntah.
Kalau nizam tak outstation, saya biarkan ajer 
Dia balik, dia basuh... ha, nak sangat bela kucing kan hahaha

Ada sekali tu...

Dia kuar melepak ngan kawan dia.
Pukul 3am baru balik.
Pastu dah parking tu dengar dia menyimbah kat luar
Pastu siap ambil sabun.
Saya tanya la kenapa, ada langgar apa-apa ke
Konon nak hilangkan bahan bukti la hahaha
Sekali dia cakap "kuat sangat bau kucing kat luar ni"
Hhahahhahha. Padan muka sekali lagi hahaha.

Sebenarnya, penat ayu masa kerja dan tak kerja sama jer.
Sebab konsepnya sama: ayu suka kemas rumah
Takleh tengok umah bersepah, tak suka tangguh kerja.
So, mesti nak kena buat... sampai siap baru jiwa tenang.

Kadang pelik jugak bila orang bekerja kata
Dok rumah lagi penat dari kerja
Nak kena masak, kemas rumah, cuci baju lipat kain, cuci toilet.

Ehh... eh, saya waktu kerja dulu semua ni saya buat jugak
Sebab saya takder maid, saya balik kerja saya buat.
Atau malam sebelum gi kerja saya siapkan apa perlu untuk esoknya.

Weekend gigih iron baju dan tudung untuk seminggu.
Kemas rumah sampai berkilat *phuiii kononnya laa haha*

Dah tu... sama jer rasanya dengan dah tak kerja.
Tu kadang saya pelik sangat
Bila orang cakap kerja tak penat, jadi surirumah penat.
Ke bila dah kerja takyah buat semua tu?
Pelik bin ajaib sangat. hehehe


Lagi tak menahan tu, merungut bab anak!
Nak kena uruskan anak, masak untuk anak, jaga anak.
Nak jer aku menjawab atau tanya: 
Dah tu kenapa ko beranak? 
Ni biasa spesis macam ni, tiap-tiap tahun beranak hahahha

Oh, memang la tak penat nak uruskan anak bila kerja kan
Sebab anak anta kat pengasuh/taska/mak jaga
Kalau balik awal pun ada jer yang sengaja amik anak lambat.
Dah boleh balik gi pasar malam la, tidur dulu la.
Makan dulu la ngan laki... baru ambik anak.

Memang ni saya dah tengok masa kakak saya kat JB mengasuh budak
Sampai terserempak mak ayah budak tu 
Jalan kemahen romantik kat bazara ramadhan
SMS kakak saya cakap 'OT, amik anak kul 8pm
Haaa, tuhan nak tunjuk kejap ajer.
Apa dia ingat, pengasuh takyah masak, taknak gi bazar.
Taknak berbuka ngan kuarga jer tanpa gangguan anak-anak ko

Eh membebel ke mana-mana pulak kan hahaha

Cuma, bila dah tak kerja, ko macam dah boring la
Sebab dah takder kawan nak melepak waktu bekfes, lunch
Dah takder waktu nak bergossip pasal boss hahahaha
Eh, bukan ke ni 1001 rahmat ke hahhhaa
Well, dah namanya pompuan kan ahhaha
Pompuan dan gossip berpisah tiada.

So, pada saya... sama jer penatnya
Takyah la nak bertanding saper penat saper hebat.
Buat jer ikut kemampuan diri.

Kalau rasa larat dan rajin masak 1 lauk jer sehari, masak jer
Kalau rajin 4x sehari masak, masak jer la
Takder nak dipertandingkan pun.

Pada saya senang jer
Diri sendiri, keluarga sendiri, pandai-pandailah kemudi
End up kalau beria sangat bikin stress buat apa?

So... kita enjoiiiii dengan cara masing-masing!
Kalau dah penat sangat, ajak jer laki makan kat luar haha
Kita sokong industri makanan di Malaysia gitew.
Orang malas masak stetment memang kena win kikikihh.

Life ni simple jer.
Jangan complicated-kan untuk nampak hebat.
Tak perlu nak seksa diri untuk impress-kan orang.
Kalau kita happy dan tak membebankan ok la
Tapi kalau end up stress nak meroyan segala, luperkan jelah!
Nanti saper susah? Diri sendiri jugak.
Kannnn?

Saya rasa, benda ni mind set jer
Bila kita kata best kerja berbanding jadi surirumah
Itulah yang kita dapat.

Bila kita kata jadi surirumah lagi penat dari kerja.
Maka, tahniah... itulah yang kita akan dapat dan nikmati.

Untuk saya, saya follow the flow.
Asalkan dok rumah still masyukkkk, syukur alhamdulillah.
Gitewww.

1 comment:

lenny Boniface Jubilee said...

Terbaiklah.... betul2.. tak perlu nak banding2kan.. dah tau diri malas.. akui je la(itu saya).. kalo dah rajin tu, alhamdulillah... best la baca entri ni.. mcm diri sendiri plak