Monday, May 2, 2016

Pegi Mana Cuti Panjang?

Assalamualaikum & Hi :P

Sabtu petang kelmarin hingga petang semalam, kami balik kampung arwah nenek nizam kat Tanjung Karang. Jumpa family yang konsepnya setahun atau 2 tahun sekali jer jumpa. Kitorang yang jarang balik kampung. Dasar kacang lupakan kulit sangat kan? Hehehe. 

Family buat majlis tahlil dan doa selamat pakcik nizam naik rumah baru. Ohh! Itu bukan rumah, tapi villa. Hariz cakap "cantiknya mama, macam hotellll, Alish nak tidur sinilah". Amboiii taste!



Kalau balik 'Sawah', kami harapkan sawah padi sedang menghijau dan menguning. Mengharapkan pokok padi semakin menunduk bila berisi. 

Namun, kali ni rezeki dapat tengok bendang sedang kering-kontang. Tiada pose di tepi sawah kerana cuaca pun panas. 




Maka, cukuplah sekadar snap gambar dari dalam kereta saja masa on the way balik semalam. Walaupun kering-kontang, namun tetap cantik. Subhanallah. 









Ini waktu pagi semalam. Dorang mandi 'pool' yang tak siap lagi ni. Hahhahaa, budak-budak kan... benda simple pun boleh buatkan dorang teruja dan rasa happy. 







Anak-anak happy dapat jumpa "rakan sebaya". 


Mak apak anak sangat happy mengisi perut tanpa rasa bersalah pada ProjekDiet2016. 
Malam sebelum tu, ada BBQ dengan menu yang wallaaaaa! Sampai tatau nak makan mana satu dah hehehee. 

Antara menu-menu yang ayu ambik daripada FB cousin :)














Dan... inilah juara carta menu:


Alhamdulillah. We had fun during our long weekend. Petang cecepat balik Semenyih, kesian nenek jah & ayah su kat umah. InsyaAllah, panjang umur, raya jumpa lagi. Kot Pak Uda & Mak Uda nak buat open house, boleh Alish tidur otelll lagi.


Okey, siap 1 entry sambil uruskan order De'Xandra Perfume. Petang akan bersiaran lagi untuk update blog client.



Happy Belated Labor Day everybody!smile emoticon



No comments: