Thursday, May 26, 2016

Pengalaman Bisnes dari Rumah

Assalamualaikum.

Alahai, segan silu pulak nak share kan hahaha.
Bisnes sendu, ada hati nak share-share
Kepoyooan apekah ini?

Takper, yang sudi baca silalah baca.
Yang dah berjaya tu, sila beri laluan aku nak berangan jap.

Macam #PenulisCinderella Hajar Abdullah bagitau ayu
Apa kita tulis dan share kita rasa nothing.
Tapi, nothing bukan pada semua orang.
Mungkin apa kita tulis dan share beri inspirasi
Kita tak tau, so just keep on sharing & writing.

Niat nak sharing tu kenapa?


So, ayu pun rasa nak share jugak.
Bisnes tak seberapa, ada turun naik.
Tukar bisnes itu, bisnes ni.
Cuma, passion pada blogging jer kekal hahaha.
So, daripada blog sebenarnya Allah lorongkan rezeki untuk ayu.
Produk hanyalah perantaraan sebagai sumber rezeki.

Bisnes dari rumah ni mencabar.
Manada benda tak mencabar kan?
Nak makan pun mencabar, apa lagi nak raih rezeki.

Madana kerja dari rumah goyang-goyang kaki.
Goyang kaki sebab nak hilangkan lenguh ada laa hahaa


Bila kerja dari rumah, dengan title surirumah berizazah.
Hati mau kental dengan kata-kata orang
Kadang-kadang bukan dari orang jauh yang mengguris.
Tapi daripada orang terdekat, iaitu family.
Kalau suami yang mengguris takper, tau la nasib dia kan hahaha
Tapi, orang lain.

Yang mana kita boleh dengar dan sabar
Namun, menjawab dan makian dalam hati tu memang bertalu-talu la
Cuma, tak sampai hati nak balas balik jer.
Keluarkan hujah hahaha

Antara yang paling menikam jantung menusuk hati:

"Sayangnya tak kerja makan gaji, belajar tinggi-tinggi tapi dok rumah"

"Tak mintak kerja kerajaan ke, kerja kerajaan bagus ada pencen"

Itu belum lagi kiraan pilih kasih tu.
Memang obious sangat!
Dari ko kerja, pastu tak kerja.
Cerah masa depan ko akan 'diturun' gred dalam kuarga.

Well, ko bisnes kencang camner pun.
Ko jaga laki dan anak-anak camner pun.
Kalau ko tak kerja kerajaan, tak kerja makan gaji dalam opis.
Ko kena tabah!

Saper pernah lalui, dia tau la rasa tu caner.

Itu belum lagi orang dok pikir ko perabih duit laki.
Wah! Lagi-lagi saya kaki shopping  ni hahaha
Memang hmmmm...

Takper, mengatalah selagi boleh mengata.

Dan biasanya yang kata camtu jenis kolot.
Kalaulah kita tanya kat kawan-kawan yang dah lama kerja
Jawatan gah-gah.
Rasanya majoriti akan cakap:

"Untungnya ko kerja dari rumah, aku teringin nak kerja dari rumah, nak jaga anak-anak, stress la kerja... aku dah penat kerja... kalaulah aku jadi ko"

Orang pompuan yang kerja jer tau perasaan tu caner.
Unless memang jenis suka kerja dan nak berkerjaya.
Tu lain... silakan pilihan masing-masing.

Ni saya cakap jenis mulut yang suka merendahkan dan membezakan family, anak dan anak menantu kerja ke tak kerja.

Nak saya share lagi?
Hahhaha... malas dah menaip, laptop pun dah panas.
I nak baring-baring jap sementara tunggu dania balik skolah :P

No comments: