Tuesday, May 24, 2016

Review The Angry Birds Movie

15hb lepas, kami pun pergilah menunaikan permintaan Hariz nak tengok The Angry Birds Movie. Gigih ni pepagi pukul 11.30am kuar umah gi IOI Mall Putrajaya. Angry Birds punya pasal, sabor jer lah.





Bergegar-gegar blur gambar ni. Maklumler snap gambar sambil jalan laju-lajuuuu.




Ini 3 watak utama dalam citer tu. Nama jangan tanya, sumpah saya tak ingat haahaa. Tapi, ketiga-tiga ekor ni memang kelakar la. Rasa nak penyek-penyek jer sebab memang comel dan eiii geram dengan style dorang tu.



Basically, filem ni mengisahkan tentang burung-burung nak selamatkan telur-telur yang dilarikan oleh sekumpulan vavi. Eh, vavi makan telur ke? ---saya tanya nizam haahha. Pastu dia jawab: "makan la kot, tu dia nak rebus tu". Hahhahaha. dah jadi persoalan disitu. Anak-anak yang beria nak tengok rileks jer, mak ayah pulak dah bersoal-jawab!

Citer ni, kelakar la. Boleh la takat nak ringankan kepala otak kan. Kalu saya, saya suka tengok citer yang 'berat' yang sampai lepas tengok, dalam seminggu saya tak leh move on lagi... asik teringat dan pikir ajer. Tu saya tak suka baca novel, nanti saya tacing dan emo terlebih hahaha. 

Eh, anak yang nak tengok kan... dah kenapa maknya pulak lelebih. Okey!

Citer ni sesuai bawak anak-anak tengok... dan kalau anak masih kecik baya-baya hariz, kita boleh explain kat dorang lepas tu tentang moral cerita ni. Tentang persahabatan, cara kita bawa diri di kalangan kawan-kawan dan keluarga, kita kena berusaha, dan moral yang paling utama: "Apa yang pentinggg... kerjasamaaaa".



Gambar memang cantik. Nampak sangat kehalusan dan kegebuan bulu-bulu setiap ekor burung tu. Rasa cam ehh sedapnya kalau buat karpet ni hahhaha. 

As overarall, citer ni best. Cuma, saya lagi suka citer Kungfu Panda. Bawak anak-anak, mereka mesti suka tengok citer The Angry Birds Movie ni. Eh, ada lagi ke kat pawagam? Kalau takder dah, tunggu jer kat Astro First... atau beli jer cd :P


So, "nora bagi 4 bintanggggggggg"
Nora la sangattt hahahaa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...