Sunday, May 8, 2016

Review Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 #AADC2


Dalam percintaan yang bermula sejak dibangku sekolah, sehinggalah 'takdir memisahkan' tanpa penjelasan yang nyata, ternyata memberi kesan luka yang sangat mendalam. Tangisan, kekeliruan, kekecewaan dan tanda tanya berlegar selama 15 tahun dalam diri Cinta dan juga rakan-rakannya. 


Kenapa Rangga begitu tega mengucapkan salam perpisahan kepada Cinta hanya melalui kiriman sekeping surat!

Tanpa penjelasan kenapa dan mengapa. Apa salah Cinta? Apa kurangnya Cinta? Apakah Rangga sudah punyai pengganti Cinta?





Persoalan itu terus membebankan diri Cinta. Ia membawa kedukaan kepada Cinta sehinggalah Cinta menemui cinta baru iaitu Trian. Mereka bertunang dan akan mendirikan mahligai. Persoalannya, adakah Cinta telah berjaya meluputkan Rangga dari ingatannya?

Adakah puisi cinta Rangga buat Cinta dulu masih segar dalam ingatan Cinta, yang secara zahirnya bakal dimiliki Trian? Namun, adakah cinta Cinta utuh buat Trian, sedangkan dalam 'sembunyi' Cinta masih inginkan penjelasan daripada Rangga.


Beruntungnya Cinta, kerana rakan-rakannya masih setia bersamanya. Walaupun tanpa Alia yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya 5 tahun yang lalu, namun keutuhan persahabatan dengan sahabatnya yang lain masih utuh. Hilai tawa, suka duka mereka berkongsi segalanya. Ia memang menyentuh hati. 

Ia membuai perasaan saya, kerana nilai persahabatan sejak zaman sekolah adalah persahabatan yang sangat tulus. Saat itu, kita tidak membezakan pangkat dan tiada diskriminasi, sangat berbeza dengan persahabatan yang baru bermula di zaman kita bekerja *pendapat peribadi saya*


Bagaimana Cinta dan Rangga bertemua kembali? Apakah reaksi Cinta bila Rangga memberikan penjelasan mengapa beliau tergamak menghancurkan cinta yang mereka bina. 

Sketsa saat pertemuan pertama semula mereka memang wowww! Ada hiba, ada kelakar... semua bercampur-adur dan digarap dengan sangat 'halus'. 

Saya slow-slow ambik tisu dalam beg masa Cinta baca puisi yang Rangga berikan pada dia. Hahhaha, kalau Nizam tengok, matik ler mak kena cerca, nanges tengok citer. 

Citer ni memang best. Siapa pernah tengok Ada Apa Dengan Cinta (AADC), WAJIB tengok AADC2 ni. 

Rangga dah nampak sangat matured, dan sedikit 'kusut' pada mula cerita. Bila dia datang ke Jakarta, woww hensem sangat. Yelah, masa mula-mula tu gigih dia carik Cinta. Dan, dia juga dalam kemelut masalah keluarga. Saat Rangga bertemu semula dengan ibu dia, memang sedih sangat *nanges lagi masa ni hahahh.



As overall, jalan ceritanya very straight forward, takder nak drama-lah sangat. Jalan cerita mendatar jer, takder suspen mana pun. Cuma feel penonton macam saya ni lebih hahaha. Sesaper yang suka citer cinta yang santai dan jalan citer slow, anda mesti suka citer ni.Oh, bahasa memang pelik sebab memang bahasa indonesia pekattt gitu lorrr. Harus dibaca subtitle baru bisa ngertik hahahaha.

Ayat-ayat ala-ala puisi pun buatkan konpius jugak, maklumler jiwa ku tak berapa nak puitis kan?


Haaa, ada yang tanya part kiss-kisss tu, kena cuttt tak? Tengok la sendiri, nanti dah tak best kalau semua dah citer. Oh, lagu-lagu OST dalam AADC2 ni, tak se-besttt AADC. But, still menyentuh hati. Lagu Ratusan Purnama by Melly Goeslow & Marthino Lio memang best.

Okey, sekian Review Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2). Selamat menerjah pawagam berdekatan anda!


Rating: 8/10

No comments: