Thursday, May 19, 2016

SOHO AyuRashid| 2 Pokok Indoor Baru!

Ahad lepas, kami 4 beranaks pergi tengok movie kat GSC, IOI Mall Putrajaya.
Gigih, 11.30am dah masuk panggung.
Angry Bird uols. Nanti free saya buat review.

Balik tu... singgah makan ikan patin tempoyak.
Nizam tanya:
"Nak pergi kedai bunga ke?"

Saya dah pelik.
"Kedai bunga? Saper nak beli bunga?

Dia jawab:
"Nursery yang biasa pergi tu la, belakang ni jer".

Wahh! Gila ngko nak tolak pelawaan!
Terus la nakkkkk!

Alahai... hujan lebat giler masa lepas makan tu.
Sampai jer kat nursery tu, hujan memang lebat sangat.
Tapi, demi pokok... ku redah jua hahhaa
Nizam & anak-anak tunggu dalam kereta jer dediam.

Dapat la tawaf dalam nursery tu dengan aman damai.
Sib baik area nursery tu banyak berbumbung, so iols tak basah la.

Snap dari kereta jer masa nak balik.



Saya beli 2 pokok ni jer.

Memang taknak beli banyak, sebab dah nak balik kampung cuti sekolah.
Amukan membeli lagi InsyaAllah dijangkakan selepas balik cuti raya nanti.
Nak beli jugak pokok Ketapang Brazil untuk deko raya.
Amboii, besar impian tu hahhha



Maka, disinilah saya letakkan.
Dalam bilik SOHO tempat saya bertapa buat kerja dan berangan :P






Siap tukar-tukar lagi.




Semalam pasu merah ni pecah sikit.


Alasan sangat tu kan?
Hahhaha, lama dah ajak nizam pegi Ikea.

Tapi tak dapat-dapat lagi pergi.

Dia ni, jenis tak suka pergi tempat ramai orang, jalan jammed segala.
Dah tu... caner?

Weekdays memang dia takkan la ke tempat camtu.

Itu yang sampai sekarang tak pegi-pegi. 
Sentap iols tau.

Sudahnya... akan beli pasu cap Tesco Semenyih la jugak!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...