Wednesday, May 11, 2016

WAHM: Pengurusan Masa

Hi semua.

Bila kerja dari rumah (WAHM), ramai orang kata rileks jer goyang-goyang kaki. Pastu kalau time kita ada masa nak rehat, yang sebenarnya takder la berehat sangat pun, sebab still ada jer nak kena buat. Orang kata, nak lunjur-lunjur kaki sekejap betulkan urat, dah nampakkan macam kita ni rileks jer. Padahal, kalau dari 24 jam tu kita macam robot buat kerja selama 16 jam, rehat bebetul cuma 1/2 jam ke 1 jam, dah nampak macam rileksnya ko jadi WAHM.

Nak juggling from one task to another, memang alahai letih tau uols. Walaupun saya ni cuma anak 2, bisnes online suam-suam kuku hahaha, dan menulis blog sendiri juga blog clients, masa memang sangat mencemburui saya.

Kadang rasa cepatnya masa berlalu. Sesedar, eh laki dah nak dapat elaun dan gaji lagi sekali. Eceh! Statement mengundang cercaan sangat ni dok kira bila laki nak gaji hahaha.




Saya ni walaupun dah 6 tahun tak kerja, kononnya jadi WAHM, saya masih bercelaru lagi bab pengurusan masa. Sebab semua tu boleh berubah bila-bila masa jer. Contoh, dulu zaman saya jahiliyah sangat hahah. Lepas subuh atau bila anak (masa tu dania jer sekolah) dah pergi sekolah saya sambung tidur!

Bayangkan dari pukul 7am lebih, saya bantai tidur ngan hariz sesilap sampai pukul 10am! Selagi hariz tak bangun, selagi tu la saya tidur hahaha. Gila hokey! Hariz pulak jenis tidur nak berkepit dan pegang tangan mama jer. Maka, itu adalah alasan maha kukuh untuk saya tidur tanpa rasa bersalah huhuuu.

Pastu, bila dah bangun waktu macam tu... kepala ting-tonggg sampai ke petang. Mood ke lautt sebab rasa badan lesu lain macam.

Sebab tu lah, bila dah tau yang dalam Islam pun sangattt tidak menggalakkan tidur lepas subuh, saya pun dah ada sikit-sikittt ilmu bertambah tentang rezeki, solat dhuha dan amalan-amalan lain, yang selama ni saya tak tau, tak pernah rasa nak belajar dan tak pernah nak ambik tahu huhuu.

Sebab tu la, bila fikir balik... dulu rezeki saya walaupun tak putus dan ada, tapi asyik bocor jer. Abes tatau ke mana, dan bila dapat tu, sekejap jer selesai saya kerjakan hahahha.

Alhamdulillah, turning point saya ialah bila arwah abang saya meninggal. Saya mulai rasa takut dengan amalan saya selama ni. Kalau saya mati, mana agaknya saya akan ditempatkan atau dicampakkan?

Memang takut!
Sejak tu, saya mula muhasabah diri balik. Dalam masa yang sama, saya ingat balik apa saya dah buat selama ni. Memang, Allah bagi ujian dan dugaan yang sangat berat untuk kami sekeluarga. Saya memang rasa sedih giler bila abang saya meninggal, even arwah ayah meninggal saya tak sesedih tu pun. Pelik sangat.

Namun, semua yang berlaku ada hikmah. Slow-slow saya carik balik diri saya, renung balik apa tujuan dan matlamat saya sebenarnya? Saya rasa, saya dah penat kejar dunia... yang akhirnya penat saya dapat.

Bukan bermaksud saya taknak buat apa-apa. Gila ke apa kan? hahaha. Islam tak suruh tinggalkan dunia untuk kejar akhirat. Tapi, Islam cakap, ko kejar akhirat, dunia yang akan mengejarmu. Gitu konsepnya yang saya baca daripada orang yang lebih arif.


Sebab tu la, sekarang ni... saya tak kesah dah berapa dapat pun dalam bisnes. Dapat banyak alhamdulillah, sikit pun alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah. Saya yakin dengan rezeki Allah. Saya usaha setakat mampu. Saya bantu agent De'Xandra saya semampu saya. Semuanya Allah tentukan dah rezeki buat kami dan kita semua kan?

Dulu asik berkeluh-kesah tentang rezeki, risau masa depan, risau macam-macam. Sebab apa? Sebab saya tak letak Allah kat depan. Saya memandai buat plan dan andaian sendiri. Akhirnya?




Eh... kenapa tajuk entry i tak sinonim dengan isi entry? hahhaha, ko memang camni kan ayuuuuu! Okey, redha jer uols. Nanti ada masa i share tentang kerja dari rumah, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. 

Iols taip laju-laju ni... nak turun masak pulak. Nenek Jah kelaparan nanti hahahha. Hari ni menu sup ayam jew! Kita tak masak banyak-banyak lauk sebab kita tak rajin masak hahahha. Nak masak beria pun, Nenek Jah kena jaga makan, takleh makan sebarangan. 

Tak sampai hati pulak nak masak beria jika makanan tu Nenek Jah takleh makan. I is sebak u! Maka, Nenek Jah makan ikan goreng, kami pun makan ikan goreng... bukan malas, tapi menikmati bersama-sama. Gitew!


1 comment:

Petak Bunga said...

sy lagi teruk..
lepas subuh mesti rasa nak tidur sebelum g kerja, nasib baik tmpat kerja dekat...tp hr ct sabt ahad, langsung x tidur..
terus buat kerja rumah..
nampak tak? mals g kerja..haha