Thursday, June 23, 2016

Curtain Hunting Menjelang Aidilfitri

Mula-mula, berangan nak ke Sarah Hughes Globe kat Jalan TAR sana.
Tapi, takder maknanya nizam nak ke sana.

Then, pergi Kamdar Kajang, takder berkenan pulak.
Ajak nizam ke Nagoya Shah Alam, dia kata jauh.
Pastu dia kata pegi jer kat Nilai 3.
Ayu cakap kat Nilai 3 mahal banding Nagoya.

Pastu, bila fikir balik, kat Nilai 3 boleh tempah terus.
Takpelah mahal sket pun, asalkan ada langsir raya.

Eh, tapi bukan untuk rumah sendiri.
Tapi untuk rumah mak ayu :P
Buat untuk tingkap jer.
Tu pun tak semua tingkap, kalu semua kopak mak!
4 set jer.
3 panel - 1 set
2 panel - 3 set.

Okey... sudahnya pukul 11.30am Ahad lepas.
Berduyun-duyunlah kami 4 beranak ke Nilai 3.


Sampai jer, terus ke kedai Star City Textiles.
Malas nak survey-survey bulan puasa ni.
Memang dah tekad, ada jer berkenan nak beli - tempah terus.
Lagi pun weekend, agak ramai la orang.
Biasa kami pegi on weekday, memang lapang giler.
Nak parking melintang pun bolehhh hahaha.


Diskas sekejap ngan staf kedai (lelaki melayu).
Pilih kain - kira rega - mintak tawar pun tak dapat!
Tapi, malas nak pikir dan carik kedai lain, tempah jer lah

Kos kain + upah + 4 set pengikat langsir: RM450
GST: RM27
Total: RM477 = KOPAK! hahahhaa

Kain tu bidang 60'.
Kain blackout. Plain bodo. Jadi bodo jer pakai tape putih tu.
Kain RM28/m. Mahal giler wehhh.
Kalau kat Nagoya, rasanya less than RM10 boleh dapat.
Sebab pernah beli dulu.
Redha jer la... nak cepat punya pasal.


Dalam pada rasa mahal tu.
Sempat lagi mintak staf tu kira.
Berapa harga untuk sliding door rumah ayu hahaha.
Okey... range RM320 - RM370
Gulppppp!

Balik Besut nanti je la kot ada lebihan bajet.
Beli kain kat Kamdar, tempah kat kawan.


Kali ni disebabkan puasa, shopping di siang hari.
Nak snap gambar pun malas.
Ni jer gambar yang ayu snap.

Tak banyak corak lawa pun. Biasa-biasa jer, tak padan dengan harga.




Jenis blackout macam ni lawa. Berkenan.
RM40/m uhukssss. Bidang 110'. Okay laa... kain pun flowly. 





Kain macam ni jer ayu ambik tu. 
Sebab nak yang bidang 60, kain camni jer ada.
Punyalah tak banyak pilihan dengan harga yang emmmmm.





Saja snap gambar kedai ni.
Pernah alter langsir eyelet dulu kat sini dan beli + tempah sheer curtain.




Sementara menunggu 2 jam langsir tu siap.
Kami sakan merewang pusing Nilai 3 tu.
Carik cermin la, carik lampu tidur dania la.
Dan... semestinya carik kedai bunga!



Okey... dalam minggu depan dah nak kena berkemas
Tak sabar nak beraya.
Sebab tahun ni raya kat Besut :P
Hippp hippp hoooreeeyyyy!

Okey, selamat berpuasa uols. 


2 comments:

Rizziela said...

Nilai sekarang ni pun dah mahal ... x mcm dulu.. kain pun x la best mana pun kan

Ayu Rashid said...

Yup. Mahal. Namun apekan daya, sini jauh nak ke nagoya sh alam. Sana heaven!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...