Saturday, June 25, 2016

Macam Mana Persiapan Raya?

Assalamualaikum.
Seriusly, Ramadhan kali ni rasa cepat giler masa berlalu.
Nak kata kerap balik kampung pun tak.
Malas nak balik Keratong tahun ni.
Biasa weekend ajer asyik balik jer, penat
Anak-anak pun kalau sebut nak balik sana
Dah pandai cakap "ala asyik balik jer, letih la
Saya pun dah malas nak kerap-kerap balik.
Best lagi dok rumah sendiri.
Lebih selesa nak buat apa pun.

Persiapan raya, biasa-biasa jer
Konon berangan nak buat biskut raya
Phuii... takder maknanya.
Kesian jugak dania nak buat biskut raya ngan mama
Dah tau mama dia sendu bab di dapur kan.

Rasanya kalau buat pun, popia sira gula jer hahaa
Itu pun sesilap tak sempat bawak balik kg
Kena ngappp ngan kitorang 3 beranak dulu
Nizam tak makan benda-benda camni

Baju raya, tempah kat besut jer
Nizam tak beli apa-apa pun.
Dia may be pakai jer baju melayu 2 tahun lepas.
Tu dah sebut nak ber-kurta bagai.
Emmm saya tak minat pulak kurta
Suka lagi baju melayu.
Eh, biarlah dia yang nak pakai dan duit dia.
Pepandailah dia decide.

Malam tadi dah beli baju basahan budak-budak
Kat IOI Mall Putrajaya.
Sempat beli untuk dorang 2 beradik jer
Papa dia tak sempat beli apa pun
Dah lepas berbuka puasa, sibuk pulak nak tengok movie
Kan dah kata, memang akan terjebak dengan movie pun.
Tengok Finding Dory.

Dalam minggu ni la pulak sambung membeli lagi
Takder la beria pun, janji ado.
Dah lama tak beli baju basahan budak-budak ni.
Duit pun nak keja jimat
Tu haaa, si Biru tu nak kena berganti tayar
4 ketul tu... dah berapa huhuuuu.

Saya jer takder beli apa pun sobb soob
Bak kata nizam "pakai jer langsir"
Hahhaa hampehhh sangat kan!

Okey. mesti tak sabar nak raya kan.
Minggu ni dah last sekolah, pastu dah nak balik kampung :P

No comments: