Monday, June 27, 2016

Persiapan Raya 2016: Wing Chair Murah Fella Design



Ayu beli wing chair ni masa Fella Design Warehouse Sale bulan lepas
Seminggu sebelum puasa tak silap. Lupa dah.



Harga murah jer. RM599

Tak banyak pilihan.
Ikutkan tak berkenan pun.

Kalau boleh ayu nak jenis simple dan klasik.
Jenis nampak gebu dan nampak kaki kayu.
Baru lawa dan ekslusif.

Amboi, dah bajet ko tak ekslusif kan hahaha

Pilih yang ni, sebab fabrik polos.
Dan, warna pun hampir sama dengan sofa sediada.
So, ambik jer la... dah ni jer ada
Takkan nak ambik yang bunga-bunga lagi.
Kang meroyan lagi nak tukar-tukar sarung bagai.
Ada kene lepuk ngan nizam berdas-das hahaa.



Bila dah balik baru perasan.
"Eh ehhh, ada skirting macam sopa sedia... makcik-makcik sangat hahaha"

Eh, memang dah tua pun kan, takmau ngaku!



Fabrik best, ok la dengan harga.




Yang paling penting... dekat arm boleh bukak cuci!
Dan juga seat pun boleh cuci.
Ni penting sangat untuk orang yang ada anak yang suka makan coklat dan aiskrim!
Anak sendiri boleh la nak marah ke,... lepuk ke.
Kalau anak orang?
Takkan nak marah kot, redho jer la kan!
Ni bila boleh bukak cuci, lapang dada heh.




Bila diletakkan bersama-sama dengan sopa sediada.
Serasi bersamalah mereka :P
Bunga tu lepas raya nak kena tukar tu.
Nampak pelik pulak.

Boleh la sementara ni, dah semua nak baru.
Banyak chantekkk akaun tu :P


Kot la ada rezeki, nak beli arm chair letak dalam bilik pulak.
Eh, berangan lagi!

No comments: