Sunday, June 19, 2016

Ramadhan ke-14 & Nak Beli Langsir

Assalamualaikum & Hi :)

Dah Ramadhan ke-14 dah hari ni.
Oh, cepatnya rasa masa berlalu.
Sampai dah lupa nak kira.
Berapa hari masak untuk berbuka.
Dan berapa belas hari beli kat bazar jer hahaha.

Yer, saya tak rajin masak macam pompuan lain.
Pastu, nizam pulak jenis tak kesah.
Selalunya dia yang cakap tak payah masak, beli jer.
Hip hippp hooreyy la kan :P

Agaknya dia tengok saya pun bizi kat rumah.
Bukan goyang kaki dapat duit.
Dok rumah sesaja tunggu tadah tangan jer.
Maklum ler, napsu shopping saya ni besar.
Kalau takder duit sendiri, menyusahkan dia pulak.
Tu agaknya dia hargai.

Tapi, takder la tak masak langsung.
Selalunya berselang sehari.
Sahur memang masak, walaupun cincai-cincai jer.

Cuma kitorang 3 beranak ni jenis tak kuat makan la.
Bila berbuka dah makan nasik, kuih tak bersentuh pun.
Murtabak ke, mubarak majid ke... semua masuk tong sampah.

Sama jugak kuih-muih manis kalau saya beli.
Itu lagi nizam dan dania tak sentuh.
Macam semalam beli tepung pelita RM2 (4 bijik).
Sebijik saya makan masa berbuka, sebijik sahur.
Lagi 2 ketul, masuk peti semula... tak tau la apa nasib dia hari ni.

Hari ni kalau ada seruan kerajinan nizam.
Kitorang nak pegi Nilai 3.
Nak beli dan tempah terus langsir rumah Nek Jah.
Nak langsir blackout, biar umah Nek Jah bergelap hahaha.

Tapi orang kata, Nilai 3 ni kalau wekeend rega lagi mahal.
Ikutkan nak pegi Nagoya Shah Alam.
Tapi, dah la jauh... pastu nak jahit kat mana?
Tailor dah tak ambik tempahan dah.

Nak taknak, last week nizam cakap
'Pegi jer Nilai 3, jauh sangat ke beza harga dengan Nagoya'.

Alah... tu alasan taknak ke Shah Alam la tu hahha.
Sebab dia tau sangat, housemate dia ni.
Kalau ke Shah Alam, semua mall nak ajak masuk :P
Kalau Nilai 3, 2,3 buah kedai jer saya masuk,
Terus setel, dan saya ajak balik.

Sebab apa cepat nau ajak balik?
Sebab Nilai 3 panas wehhh... dah la bulan puasa.
Hahhaa... tau sangat tektik dia tu.
Pastu, lagi satu, dia taknak gi Ikea.
Dia kata carik jer bunga dan pasu kat Nilai 3.
See... semua nak Nilai 3... sebab dia taknak ke Ikea.
Dia kan mana suka tempat sesak dan jalan jem.
Menyampah mak.

Apa pun... redha jer la daripada tak dapat langsung kan.

Tengok la dulu camner hari ni.
Cuaca pun mendung jer lagi ni, semoga sampai malam mendung.
Kang sekali lepas Dhuha nanti saya membuta sampai Zuhur macam semalam ;D
Kang ke Nilai 3 dalam mimpi ajoooo.
Dah petang malas nak keluar, letih.

Okey, jumpa lagi. Wassalam :)

No comments: