Sunday, June 12, 2016

Sudah-sudah la tu bercuti ;P

Assalamulaikum.

Holaa... holaaa... sembang petang sambil order perfume De'Xandra.
Bila stok rare ciputtt jer masuk, macam ni la.
Kena berebut sesama agent.
Semua kelaparan macam piranha haahhaa.

Ni housemate i datang menyebuk baring kat katil
(katil belakang meja kerja saya).
Layu jer mata ni, geram jer nak baring sama.


Anak-anak duduk kat bawah, tengok tv & main ipad.
Menjerit bertekak sampai ke atas bunyinya.
Ni baru anak 2 kan... kalau 5 tatau ler :P
Tapi orang kata... nikmat anak ramai lagi best.
Teringin jugak nak tambah lagi sorang.
Kot la ada rezeki sebelum umo 40. Uhuksss.

Esok anak-anak dah mula sekolah.
Aman damai la sekejap awal pagi hehhee.
Jangan mama dorang sambung tidur sudah ler.
Banyak kerja-kerja blog ter-delayed sepanjang cuti.

Kat Besut tu alahai panas giler.
Nak buat kerja pun takder mood.
Itu yang bila tengok list kerja, alahai bertingkek-tingkek.

Macam mana puasa?
Hari ni dah hari ke-7 dah.
Alhamdulillah. Dania ok jer puasa.
Dah tak sabar dia nak balik raya kat Besut.
Sentiasa doakan semoga diberi kesempatan.
Sambut raya ngan semua ahli keluarga
Terutamanya mak.

Dalam keterujaan nak sambut raya.
Ada debar sentiasa dihati...
Semoga segalanya baik-baik saja.
Sesunggunya Dia jer yang Maha Mengetahui.


Eh, masak apa hari ni?
Saya nak goreng mee lidi jer hahah

Sejak balik dari kg Khamis lepas,
Tak pernah lagi masak untuk berbuka
Asyik beli ajer, sebab barang dapur kering

Semalam jer pegi kedai, beli bahan masak untuk 2 hari.
Boleh la masak hari ni.

Malam baru nak masak ayam untuk sahur
Mungkin ayam goreng bali yang orang share kat fb.


Jumpa lagi.





No comments: