Friday, August 26, 2016

11th Anniversary & Family Short Gateway

Lama dah rasanya kitorang sekeluarga tak jalan-jalan
Kalau jalan pun, balik kg jer la
Sejak setahun lepas, bila Nek Jah dah kurang sihat
Cuti sekolah jer, kitorang akan balik Besut
Even nak pergi umah kakak kat JB pun tak dah
Tak sampai hati, sebab rasa perlu luangkan masa dengan Nek Jah
Kalau kami tak balik pun, Nek Jah datang sini

Dari cuti sekolah bulan 12 tahun lepas lagi
Nizam ajak gi memana tempat yang ada swimming pool
Masa tu, survey kat Besut atau KT
Nak bawak  Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni sekali
Tapi, Nek Jah taknak pegi, susah katanya
Dengan keadaan dia macam tu

Masa Nek Jah datang Semenyih sebelum puasa lepas pun ajak jugak
Nak ajak gi PD jer pun, Nek Jah taknak jugak
Ala, orang tua kan... mana minat benda camni
Lagipun, dia mesti taknak anak menantu membazir

Pejam celik pejam celik
Dah Ogos 2016 dah, our 11th anniversary month
Pastu, ada rezeki Allah bagi, saya ajak nizam gi jejalan
Dia kata, saya belanja hotel, dia belanja lain-lainnya
Amboiii. Bijak laki aku
Tapi dia cakap, ala hotel berapa sangat
Belanja lain-lain tu lagi banyak daripada bayar hotel
Yer jugak tu. Tol, minyak, makan-minum.
Hariz dengan nak itu ini lagi
Memang cerah masa depan, duit nizam kuor lagi banyak
So, okey, Nizam cakap survey la hotel kat PD atau Melaka
Kalau boleh nak swimming pool dalam bilik
AMBOIII... mentang-mentang bini yang nak belanja kan

Bukan apa, budak-budak berdua ni suka main air
Kalau boleh nak berendam jer dalam air
Mak bapak pulak jenis suka terbungkang atas katil
Kalau boleh nak golek-golek like a starfish
Tengok tv, layan internet, baca buku/magazine dan membuta
Kalau boleh, taknak kuar bilik. Makan pun nak dalam bilik
Sebab kitorang suka berkurung, tak suka jalan-jalan. Penat!
Lagi la saya tengah kurang kuat ni
Cuaca pun panas, hmmmm memang tak la nak merayap ajer

Haaaa... itu memang konsep percutian idaman kami yer.

Tapi, dah ada anak, luperkan jerlah
Banyak masa nak kena hadap kat swimming pool ajer
Tu yang nizam suh try booking hotel ada swimming pool.

Mula-mula saya survey Hibiscus dan Grand Lexis PD
Both dah sold out!
Lambat sangat booking.
Eh, takder la lambat sangat, lagi 2 minggu lebih masa tu
Booking.com, Agoda, Trivago semua sold out

Pastu, saya google hotel kat melaka pulak
Nak jugak melaka tu hahahhaha

Saya google cari hotel yang ada swimming pool dalam bilik
Sekali jumpa orang buat review pasal The Pines Hotel Melaka
Tapi pool ni bukan bebetul dalam bilik & private macam Hibiscus & Grand Lexis
No pool dia kat tepi jer beranda jer. Not private
Takyah feeling nak romantik-romantik dalam tu
Orang leh nampak ahahaha
Eh, macam aku suka mandi kolam pun hihi.

Tapi, bilik yang ada pool tepi tu pun dah sold out
Demi nak ke Melaka jugak, dan malas dah survey
Saya pilih jugak The Pines Hotel Melaka ni

Booking tru www.booking.com for 3D2N (19 - 21 Ogos 2016)
Senang jer guna Booking.com ni.
Boleh guna debit or credit card
Saya guna debit card.
Payment semua masa check-out nanti.
Maksudnya tak perlu bayar booking fees
Cancellation 3 days before booking date, tak kene charge
So, takyah risau jika dalam 3 hari before check-in tu uols nak cancel
Manalah tau tetiber ada hal.
Tapi jika selepas 3 hari tu, kena la charge. Lupa berapa
Semua ada tulis TNC kat website Booking.com

Nanti saya buat review pasal The Pines Hotel Melaka
Kot la uols nak pergi bercuti ke Melaka nanti


TEASER: 
Gambar bilik yang buatkan saya teruja nak stay kat THe Pines. 
Lawa wehhh ID dia!
Masa ni dah lupa dah pasal nak pool dalam atau pinggir bilik hahahha.



Ni baru transfer gambar. Dah nak seminggu balik
Punyalah malas nak transfer gambar. Dari bulan Mei tak transfer
Okey, will share later. Jumpa lagi :)


1 comment:

cik hani said...

wah..seronok kan dapat menghabiskan masa dengan family.