Monday, August 29, 2016

Dah Nak Raya Haji




Lebih kurang 2 minggu jer lagi dah nak cuti sekolah
Bersekali dengan Raya Haji
Macam tak best pulak cuti bersekali ni haha
Sebab rugi cuti la kan, ahaks!

Raya Haji kali ni, turn kat Keratong pulak
Gitu la keadilan giliran raya perlu ditegakkan ;P
Kalau boleh raya mestilah nak umah mak sendiri kan
Nak buat caner, redha jer la huhuu

Mungkin balik sana 2,3 hari jer kot
Walaupun cuti sekolah, malas lelama
Ikut hati, raya kedua nak ke JB
Lama dah tak ke sana.


InsyaAllah Nek Jah nak datang Semenyih 
Tak tau lagi plan macam mana

Bila sebut pasal raya.
Terbayang dah tapai pulut dan ketupat palas
Nyumssss... sedapnya lahai

Cuci mata, tapai dan ketupat palas masa raya puasa kat Besut
Masa ni Hariz gigih menyebuk sama membungkus
Sudahnya, menimbun daun janamm janammm dia guna
Nek Jah redha jer la, kalau zaman aku dulu dah kene cubit dah haha







Okey, tu jer nak membebel pagi ni
Tadika Pasti cuti peristiwa apa ntah hari ni
So, ada la partner in crime hari ni

Jumpa lagi, bye!

1 comment:

cik hani said...

wah...sedapnya ketupat pulut...
kami tahun ni blk terengganu..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...