Sunday, August 7, 2016

I'm Back!

Assalamualaikum & Hi Semua :)

Setelah sekian lama, blog bersawang.
Umpama Ratusan Purnama gitu
Ada lagi mood AADC2 tau!
Ni pun menyambil layan lagu ni. Jiwang nauuu.

Suhhh... suhhhh... halau jembalang dan sapu sawang dulu hahha.
Lama kemahen alun biola.
Tu la, takder penyakit carik penyakit kan.
Takper... sesuatu yang indah menanti, InsyaAllah.

Ni kembali bersiaran langsung dari SOHOAyuRashid.
Dah ubah sikit deko dalam SOHO ni.
Alih meja kerja jer pun, ada sikit semangat nak bertapa semula.

Nanti saya snap gambar keseluruhan yer, teaser dulu sekeping.


Pagi ni, ada rasa sihat sikit.
Cuma rasa  berkahak jer, terus jadi tak selesa
Setelah sekian lama tak masak sejak lepas raya.
Pagi ni, buat dorayaki inti Nutella untuk bekfes.
Hariz la request sejak khamis lepas lagi.
Kelmarin beli bahan-bahan, pagi ni baru masak :P

Walaupun dah beberapa kali buat,
Namun, tiap-tiap kali nak buat lagi, kene google resepi hahaha
Memang sendu sangat saya ni bab masak tau!

Kejadian yang sempurna pada saya haaha.
See, gelembung-gelembung udara tu.
Sampai dania tanya: "mama cucuk dengan sudu garfu ke tu"
Tak kwase mama dania oiiii hahahhaa.


Bila diterbalikkan. Haaa, bila dah jadik kaler camni.
Kira semakin sempurnalah kejadian dorayaki ku.

Gambar bila dah sapu nutella dan sedia nak ngappp tak snap pulak.
Handphone caj.
Selera hariz dan dania makan. Budak-budak suka la benda gini.



Petang ni nak buat laksa penang pulak.
Dania request. Suka sangat minah ni dengan laksa.
Kalau ada laksa, seharian la dia akan ulang makan.
Sampai nasik pun dia takkan makan.
Punyalah obses dengan laksa. 

Okey, dah panas enjin ni.
InsyaAllah esok update lagi.

Ni nak uruskan order De'Xandra dulu untuk pos esok.
Alhamdulillah, rezeki untuk kami sentiasa ada.
Maybe bulan ni boleh la reward kami sekeluarga.
Pegi jalan-jalan carik makan, sambil sambut Anniversary ke-11
InsyaAllah, jika ada bajet hahahaha. 

2 comments:

Rizziela said...

cantiknya.. kemas ajer

Zie Azi said...

kemas ye,sy pun tgh cari idea nak deco bilik anak bujang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...