Monday, August 8, 2016

Kerja dari Rumah: Pengurusan Masa

Hi semua.
Biasa entry macam ni saya share kat blog:
Panduan dan Inspirasi Kerja dari Rumah
Tapi, nak share kat sini jer dengan konsep lebih santai.

Pengurusan masa bila kerja dari rumah
Tak kiralah kita ada berapa anak kan.
Pengurusan masa ni penting.
Lari sikit jer schedule dan aktiviti kita
Mesti akan ada perubahan. dan tetiba jugak ko nak jadi:
"Mak ko hijoooo" sebab stress kerja pending!
Haaaa... gituuuu.


Macam sekarang ni.
Sejak lepas Ramadhan dan raya puasa.
Ehhhh, hari ni dah 8hb Ogos uols.



Walaupun saya ni dah 6 tahun lebih tak kerja
Bab pengurusan masa masih lagi berterabur.
Sebab saya jenis tak disiplin.

Tahun ni, rasa ok sikit sebab Hariz dah sekolah
Ada la 3 jam masa untuk fokus kat SOHO
Itu pun kadang tak sampai 3 jam 'berkualiti'.

Cuma, sejak saya fokus dengan bisnes De'Xandra
Yang 100% dari rumah dan saya memang suka bisnes ni
Saya rasa lebih aman damai jer kehidupan.

Bab kemas rumah, masak dan uruskan family
Takder masalah besar, pandai-pandailah curik masa
Lagi pun, saya bukan jenis kaki tengok tv
Cuma satu dua drama series jer saya follow
Citer filipina hahahhaa
Sedang cuba untuk tidak menjebakkan diri dengan drama korea

Kalau tengok tv pun, saya layan version rekod
Dapat jimat masa.

So, bab pengurusan masa bila kerja dari rumah ni
Ia fleksibel.
Nak buat apa dulu, nak buat macam ni, terpulang!
Takder ko betul, ko salah.
Semua ikut keselesaan masing-masing.

Semoga sharing saya ni dapat bantu ibuk-ibuk yang kerja dari rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...