Tuesday, August 16, 2016

SOHO| Ubah Kedudukan Workstation (Part 1)


2 minggu lepas, dania dok zikir nak katil baru
Sebab nanti kononnya nak tidur dengan hariz
Dia taknak share katil
Hariz tidur lasak katanya
Padahal sama naik jer lasaknya huhu

Pastu, kalau Nek Jah datang, senang katernya
Boleh nenek tidur 1 katil, dia 1 katil
Dania ni penakut, suka berkepit tidur
Kalau Nek Jah datang, kesian nenek
Berhimpit tidur atas katil bujang!
Dah letak tilam kecik kat bawah tepi katil tu
Dia boleh menenggek tidur ngan nenek jugak
Nenek pun melayan ajer, kalau mama dia, aku tendang ajer haha

So, saya pun kata, akan dipertimbangkan
Bila mama cukup duit, nanti kita beli.
So JIKA beli pun, InsyaAllah muat dalam bilik ni
Cuma kena alih la workstation saya tu ke area lain.


Eh, tetiber pulak rasa boring ngan kedudukan workstation ni
So, apa kata alih ke sana sikitttt
Try letak kat hujung kaki katil
Sebelum ni ada meja solek dan drawer kat situ.


So, meja solek dan drawer, saya pindah bilik paling kecik
So, skang ni dalam bilik dania aka SOHOAyuRashid ni
Cuma tinggal katil bujang, meja kerja dan meja blaja DaniaHariz jer

So, ni deko latest SOHO saya dalam bilik Dania (bilik kedua)


Bila dah alihkan workstation ke hujung kaki katil, saya letak meja belajar Dania Hariz kat sini





Yer, begini kelihatannya. nampak lapang kan?
Nanti kalau ada rezeki beli katil, akan diletakkan kat sini.



Kedudukan baru workstation saya, pandangan dari pintu masuk bilik.
Nampak bersepah la sebab letak kipas dan segala plug kat tepi tu.
Kalau kat tempat sebelum ni, tak nampak sebab dekat dinding dan terlindung dengan meja.

Kipas kena sentiasa ada, sebab laptop saya cepat panas.
Biasa guna kipas kecik, ni saja letak kipas besor
Biar laptop dengan tuan dia sekali sejuk haahha.




Bila saya buat kerja kat workstatiom, Hariz suka baring-baring atas katil ni
Bila dia naik tengok deko baru ni dan saya siap tukar cadar dan sarung bantal dia cakap
"Wahh, cantiknya bilik kakak, Alish pun nak bilik jugak"


Solat dalam bilik ni pun selesa sebab asal naik jer saya on aircond ahhaha.
Panas la kat atas, memang tak daya kalu tak bersejuk dengan aircond.



Carpet kecik cap Nilai 3
Trend sekarang ni, lembut dan best sangat tau.
Harga pun murah, saiz ni cuma RM30
Itu pun kitorang tak reti nak tawar menawar harga.
Kalau saiz besar, range dalam below - RM100++ jer tau.
Best guna masa solat, bentang sejadah atas tu, rasa nak tenggelam dahi haha
Lagi best daripada guna carpet bulus-bulus.
Rasa nak beli lagi jer yang besor sket. Haaa, mula la tu hahahha.




Since sekarang ni tak rajin nak menjaga pokok hidup
Saya letak jer pokok pelastik yang beli kat Nilai 3 masa nak raya hari tu
Cantik pokok ni, nyesal tak beli banyak sket.
Haaaa, mula lagi la tu... Iskkk iskkk iskkkk, 



Ni cadar saya beli masa trip ke Guangzhou dulu.
Ada 1 cadar dan 1 quilt cover. Ni quilt cover, saya bentang jer atas tilam, jadik macam cadar
Pastu sarung bantal dalam set ni, hariz suka sangat guna
Tak bagi tukar yang lain, dah pudar dah warnanya

So, saya match-kan cadar ni dengan sarung bantal yang sediada (beli lama dah)
Kebetulan warna sama dengan warna bunga-bunga cadar ni.
Dah jadi macam set yang sama.

Lagi pun, saya memanmg suka jika cadar adar corak, sarung bantal mesti nak plain.
Baru nampak ada contras gitew.


Untuk gambar workstation, nanti saya share kat entry lain
Banyak nau gambar dalam 1 entry
Rugi pulak entry lain aahhahaha
Kan dah buleh jadik 2 entry hihihi.
Nampak sangat dah kering idea nak berblog kan?
Dah ler kering, malas pulak tu huhuuuu.

Okey, jumpa dalam next entry ya!

No comments: