Thursday, August 18, 2016

Susun Atur| Almari 'Mekap'

Dalam minggu ni dan minggu depan sehinggalah semua siap
Saya target nak spring cleaning rumah dan susun atur
OMG! Pengsan tengok keadaan rumah sekarang

Nanti, dari satu bahagian ke satu bahagian ke kaw-kaw kemaskan
Sehari siap satu bahagian okey dah.
Tapi, nak memulakan tu alahai... berchentaaaa!

Kelmarin, gagahkan diri jugak mula mengemas
Dimulakan dengan kemas dan susun atur almari 'mekap'

Actually bukan almari mekap pun
Just a drawer baju Dania & Hariz
Kan kitorang malas naik atas.
So, atas drawer dan laci pertama drawer ni
Dijadikan tempat letak barang mekap dan bedak sikat segala;

Nak kata tempat barang mekap tu takder la jugak
Sebab saya ni bukan kaki mekap pun
Beli-beli... sampai bertahun-tahun tak abes
Sudahnya, berkemas kali ni, melambak masuk tong sampah
Simpan pun buat semak jer, baik buang.
Ada yang dari zaman kerja lagi ada mekapnya hahhaa
Gilalah kumpul khazanah.
Agakknya kalau guna lagi, janam janammm muka.

Okey layan gambar, penat dah membebel menaip!

See, memang tahap pemalas giler nih!
Siap ada torch light tu.
Nizam punya kerja la tu, dah guna letak jer kat situ. Bukan tau nak simpan semula.




Proses sisih dan buang bermula.
Lambak dulu atas tangga. 
Setengah jam mengadap mana nak simpan, mana nak buang.





Fuh! Berpeluh mak.
Akhirnya... begini hasilnya. 

Siap pesan kat Dania
"Dah guna letak semula macam mana mama letak yer"




Susun atur benda-benda yang kerap guna (setiap hari)
Letak dalam bakul, takder la nampak bersepah dan kurang risiko jatuh tergolek
Hariz tak kacau kat sini, sebab dia kan kemetot lagi hahaha




Susun atur dalam laci pertama drawer
Ini yang jarang-jarang guna, dan basically barang mekap saya yang tak seberapa
Ni jer ada, sebab dunia nak melawa dah jauh ku tinggalkan hahahaha.
Ada yang basic ajer pun. Dah kertu, takder minat nak melawa dah.
Natural beauty sudah... hak hakk tuuihhh, beauty ape kebenda kalau muka penuh jeragat. 
Stress mak. Maka jalan penyelesaian, redha jer la hehehe.





Bakul Ikea tepi sekali tu tempat letak kunci



Saya suka yang simple tapi kemas.
Mudah nak capai guna dan apa perlu jer letak.

Semoga bertahan la elok macam ni. Biasanya tukang sepah tak lain tak bukan:
Dania & papa dia.

Okey, nanti saya share saya kemas dan susun atur atas toyogo pakaian kat dapur
Haaa, ko mampu letak pakaian kat dapur?
Nak duduk rumah setingkat. Ya Allah, tolong perkenankan.
Tak suka dok rumah 2 tingkat!

1 comment:

cik hani said...

Kami memang aim rumah setingkat sebab malas nak turun naik..huhuhu..
Tapi sempit sikit la rumah setingkat ni.