Friday, August 19, 2016

Susun Atur| Atas Toyogo dan Rak di Dapur

Biasanya takder la cenggini rupa parasnya.
Tapi sejak lepas balik raya hari.
Haaa... amik ko!


Takder la asik nak tayang yang kemas-kemas jer hahaa
Hidup ni hipokrit sikit-sikit untuk jaga aib sudah la yer hihi
Manusia biasa, manada sentiasa rajin, sihat dan berkesempatan mengemas
Jauh nau nak jadi Supermom.
Jadi surirumah dan kerja dari rumah pun ada masa sangat malas sibuk
Kadang, kemas kat sini, sana bersepah, kemas sana, ehhh sini bersepah balik.
Hmmm... Ni sejak balik raya la ni. 
Takper, kita kasik clear semula. Caiyokkkk!



Meh nak citer sikit, apa kebenda la ni semua ni

Dari KIRI:
Buku dan kertas-kertas Dania & Nizam
2 beranak ni memang win bab buat sepah kat area ni

Dalam bakul bunga-bunga biru: stoking sekolah dania
Beg hitam: beg 'sekolah' student tua Nizam
Bakul putih: Tudung & shawl yang bawak balik raya hari tu

Haa... dah sebulan ngko berlonggok lagi atas tu
Punyelah malas nak susun balik dalam toyogo tempat shawl.



Sambung lagi siasat sepahan apakah lagi:


Macam-macam ado.
Sampaikan tahap, alas tu dah senget sana-sini
Saya bukan jenis suka letak alas sana-sini
Tapi kalau letak alas, takder la nampak berhabuk haahahhaa
Pastu, drawer paling atas toyogo (yang kanan) tu dah pecah
Lama dah pecah. Lagi pun ni dari zaman ayu blaja kat MMU lagi.
So, terpaksalah tutup dengan alas supaya takder la melopong
Huduh sangat nampak yang pecah tu. Dengan habuk lagi kan
Maka, itulah sebabnya letak alas berjuntai macam tu.



OKEY... PROSES MENGEMAS BERMULA
*Lap peluh*

Akhirnya... sejam lebih jugak oiii ambik masa
Dengan nak susun buku dania lagi.
Minah tu, kalau buat sepah buku, memang win!
Ada rak buku khas dia pun, dia suka lambak atas ni
Mudah la sebab beg sekolah dia letak kat sini.


DAH SIAP!
*tepuk-tepuk bahu sendiri tanda rasa rajinnya aku hari ni hahha*
Bercinta oiii nak tunggu kerajinan tu datang.


Ganti alas kain net semua kaler putih
See, yang alas berjuntai tu, nak kaver toyogo pecah lettew :P
Guna jer la selagi boleh guna. 
Banyak jasa toyogo ni, berbelas tahun dah dengan ayu
Masa blaja dulu buat isi pakaian la
Guna almari plastik, senget manjang hahhaa.
Toyogo jugak senang, bersepah pun tak nampak haha


Okey, gambar seterusnya




Dari kiri:
Tempat letak beg sekolah dania dan papa
Masa ni dania gi sekolah agama, so ada 1 beg jer
Sini muat la 3 buah beg. Ngam-ngan utk dorang berdua.


Saya tak letak alas kain net kat sini, sebab licin
Letak table runner melekat la sini
Memang kena rajin betulkan la lepas dorang berdua ambik - letak beg
Saya ni mata mana boleh tengok senget sana sini






Bakul putih sebelah beg: Buku kecik & flash card Hariz
2 kotak book stand: File dan buku latihan dania (buku2 beli)




Bakul bunga biru: Stoking sekolah dania
Senang lambak jer dalam tu hahahha
Bakul putih: Untuk dania letak harta karun dia
Minah ni suka membeli buku-buku kecik, macam2 la
Sumbat jer dalam tu, takyah menyemak kat luar 


Saya suka guna bakul-bakul camni
Murah, very practical dan boleh jadi decor items bajet
Bakul bunga biru tu, beli kat Tunas Manja Muadzam
Harga less than RM10 jer
Ni orang buat tong sampah kot hahaha
Belasah jer la, janji chantek!




Ayu dan bunga berpisah tiada :P
Sempat la memetik tulip kaler oren hahaha
Bunga ni pun sebenarnya dah sumbat simpan dalam lemari dah
Kuarkan balik, masukkan dalam bakul yang saya spray putih
Lama dah bakul ni beli, masa baru kawen lagi
Kaler asal kalau coklat laa, kalau rotan tu haaa
Dah spray putih, lawa pulak. 
Walaupun spray bertompok-tompok hasilnya haha
Saya ni, mana reti buat kerja cat dan spray bagai ni huhuuuu






View penuh hasil selepas di kemas.
Happy!





Ni view area mesin basuh dan meja makan


Dah kemas area toyogo tu, baru tak sakit mata ni mandang
Kalau tak... haduihhh, menderita jiwa tengok (over!)


Dah jadi macam tema shocking pini pulak
Kebetulan jer tu sama langsir, alas meja dan alas mesin basuh tu



Saya ni takleh tengok keadaan bersepah
Tak tau la macam mana orang boleh duduk dalam keadaan bersepah
Sebab tu la, dalam tak larat dan malas pun
One fine day mesti nak kemas jugak
Kalau tak, otak ni asik dok ingat jer
"kena kemasss... kena kemassss"

Ni dah kemas, baru mokcik rasa hippp hipppp hooreyyyyy!
Harap dapat la menten. 
Kalau tak, jenuh nak ulang tayang mengemas semula

Lepas ni, projek mengemas area lain pulak
InsyaAllah :)




1 comment:

cik hani said...

betul kak ayu..
Tak setiap masa akan kemas kan,lagi2 kalau ada ank,
Kami yang berdua pun selalu jer bersepah.
huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...