Monday, September 19, 2016

Cuti Sekolah & Raya Haji dah Over!

Seminggu cuti, cepatnya lahai masa berlalu
Saya suka cuti sekolah hehhehee

Ada sesetengah orang, lagi suka anak sekolah
Saya pulak suka anak cuti.
Tak kesahlah weekend atau cuti panjang
Ia adalah hari-hari yang heaven.

Rasanya, bila hari anak sekolah, lagi penat dan bizi
Bila cuti atau weekend, rasa santai jer
Lebih-lebih lagi kalau nizam pun cuti
Memang 99% kebarangkalian 'dapur pun off'!
Manjang makan kat luar hahahhaa.

Tu yang saya paling gumbira hahhaa.

Now, kalau boleh nak dok rumah jer
Malas nak ke mana-mana
Baik bercuti ke, balik kampung ke atau jejalan
Lagi selesa dok rumah

Bermalas-malasan, bergolek-golek depan tv
Keluar rumah cukup untuk makan jer
Balik siap tapau lagi :P


Oh, ini saja nak letak gambar
Takder kaitan pun dengan entry ni

Saya cukup malas lipat baju
Okey, lipat baju still ok lagi
Tang nak susun ke lemari memasing tu alahai.. bercintaaa!


 Wing chair tempat baca buku dah jadik tempat lambak baju lepas angkat!
Punyalah malas bab ni tau.


Tapi ni Nek Jah ikut sama lepas raya haji hahaha. Maka, dijamin tiada lagi lambakan pakaian sebegini huduh pemandangannya hihi.




Cantik tak?
Sekarang dah habis musim nak melawa rumah.
Mood malas melanda, apa lagi nak tanam-tanam pokok bagai
Tapi, kalau Ketapang Brazil tetap terbayang di mata
Ada masa, nak kena pegi beli jugak


Sekian bebelan laju-laju ambik mood nak blogging semula lepas seminggu cuti. 
Sementara tunggu waktu Isyak ni, sempat siap 1 entry :)

Pastu, esok InsyaAllah plan nak revised semula target bisnes De'Xandra untuk bulan September ni. Biasala, bila cuti panjang apalagi cuti raya, target mesti akan lari punyalah.


Takpe, kita buat semula target. Masih berbaki 11 hari lagi untuk all out. InsyaAllah pasti boleh dengan izinNya.

Jumpa lag jika dipanjangkan umur dan berkerajinan untuk update blog esok pagi. Bila ada Nek Jah dan adik kat rumah ni, jadual harian pun lari sikit la, kena fokus masak hahahha. Kalau kami jer senang. Biasa kalu ayu sesorang pagi, makan roti sekeping atau biskut + secawan kopi dah setel dah.

Okey, daaaaaaaaaaaaaa!

No comments: