Monday, September 5, 2016

Hakikat Rezeki: Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Assalamualaikum

Dah 6 tahun 5 bulan saya jadi surirumah. Haaa, tak lupa okey kiraan tahun dan bulan tu hehehe. Sebab detik saya letak jawatan kerja yang saya sandang selama 5 tahun 10 bulan (lagi 2 bulan cukup 6 tahun saya kerja di UNISEL), saya ambik tindakan drastik: BERENTI KERJA.

Ingatkan sampai kertu atau bercerai mati dengan UNISEL, rupanya tak! Hihii.

Dah tertulis rezeki saya disitu setakat tu ajer. Tak kira apa jadik pun, memang tu dah ketentuan Dia tetapkan. Apa jua sebab saya resign, hanyalah asbab. Asbab untuk Dia berikan rezeki daripada sumber-sumber lain pulak. 

Pejam-celik-pejam-celik, 6 tahun 5 bulan dah berlalu, dan inilah apa yang saya ada dan saya nikmati sekarang. Still tak kaya-kaya jugak haahaha, tapi alhamdulillah, rasanya tak pernah tak cukup. Walaupun, pada hakikatnya, yang saya sentiasa rasa tak cukup tu cuma napsu-napsi saya jer. Dasar sangat kan, tak tau nak bersyukur dengan sebenar-benar syukur.

Manusia memang macam ni la kan. Eh ehh ko, nak libatkan orang lain pulak. Lempang lelaju kang baru tau ;P


Gambar sekadar hiasan.
Kecintaan saya pada buku, perfume dan coffee
Teman sejati, selepas dah takder teman nak bergossip macam zaman kerja dulu hihi.


Sekarang ni, dah jadi trend, pompuan berenti kerja untuk jadi surirumah dan/atau kerja dari rumah. Untung sangat zaman sekarang ni kan? Zaman saya baru berenti kerja dulu, 2010 online bisnes belum bebetul meletopsss lagi. 

Masa tu, yang popular penggunaan blog. Friendster dah mula larikan diri, dan facebook mula ambik alih Friendster. Cuma, masa tu pengguna Facebook gunakan Facebook semata-mata atau lebih untuk networking berasaskan family, friends dan carik dan stalk bf/gf lama hahhahah. Facebook bukan untuk bisnes.

Tapi, slowly penggunaan Facebook sebagai platform untuk bisnes mula menggila-gila. Sampailah sekarang. Pening tengok orang dok hardsell kat wall hahahha. Tak cukup dekat wall sendiri, siap tag lagi tu. Takper, antara usaha gigih tu, walaupun tak berapa nak beretika ;P


Bila kita pompuan yang dah biasa pegang duit sendiri, nak beli apa pun takyah pening sangat, takyah merengek dengan laki, mesti terasa bila dah tak kerja dan takder pegang duit sendiri. Kannnnn? Baik ngaku cepattt hahahhaa.


Cuma, yang bijak ambik peluang, akan mula kerja sendiri dari rumah. Tak kesah la dengan cara apa sekalipun, gunakan kemampuan, kemahiran, kepakaran, kebolehan dan segala 'ke' yang ada untuk jana pendapatan sendiri.


Saya sendiri pun, walaupun tak kaya-kaya lagi, malah tak nampak bayang lagi pun nak kaya hahaha, tapi syukur alhamdulillah. Sejak tak kerja, seingat saya takder la sampai terputus 'bekalan' pendapatan daripada usaha sendiri yang telah Allah berikan rezeki pada saya.

Macam-macam jugak bisnes saya buat. Kan saya pernah cerita, bisnes cuit sana, cuit sini, lompat sana, lompat sini... hasilnya sentiasa ada. Walaupun tak banyak, memadai sangat-sangat.

Apa saya nak biasanya saya akan usahakan sampai saya dapat. Bak kata nizam, saya ni degil. Yer, degil bab carik duit dan degil jugak dalam bab perabih duit hahahhaa. Mana tak degilnya, wishlist saya nak tak pernah surut hahaha. Kan dah kata, napsu-napsi bab shopping saya ni besar ahaks!


So, moralnya kat sini... andailah ditakdirkan kita dah tak kerja makan gaji, tak perlu nak rasa demotivate. Biarlah orang nak mengata apa pun. Yang mengata tu, rasanya bukanlah orang yang akan tolong kita masa kita susah. Percayalah!

Orang nak kata... katalah. Sebab rasanya orang yang mengata tu, pencapaian dia takat tu jer pun. Atau jika mak ayah atau mertua atau sesaper jer la, membandingkan kita atau membezakan kita yang dah tak kerja ni dengan individu lain yang dorang rasakan hebat kerana kerja makan gaji, kita tengok jer. Tak ke mana pun. Saya dah lalui dah. Yelah, takkan kita nak cakap 'income aku bulan ni sekian-sekian...".


Tak kan?

Kadang-kadang... yang kerja berlumuih dari rumah ni ler lebih banyak dan kerap menyumbang daripada yang kerja makan gaji di bangunan tinggi dan hebat. Well, saper kita surirumah dan wahm nak banding ngan depa ni kannnn ;P

So, jangan pertikai hakikat rezeki seseorang. Makan gaji vs Kerja sendiri, sama jer. Yang penting, apa yang kita dapat tu, setakat mana kita manfaatkan. Itulah pengakhiran yang kita nak rasakan hasilnya. 

Jumpa lagi!