Thursday, September 29, 2016

Nak kerja sebab penat dok rumah?

Saya selalu terbaca kat Fesbuk
Ramai wanita bekerja yang cakap dok rumah lagi penat
Penat giler, sampai tahap lagi sanggup gi kerja dari dok rumah
Penat masak, penat kemas rumah, penat cuci baju,
Penat layan laki dan penat jaga anak.

OH... dah tu buat apa nak jadi isteri dan ibu huhuhu.

Sebab ada yang sampai tahap cakap
"Lagi best aku kerja dari dok rumah, tak sanggup aku"
"Baik aku kerja dari jaga anak kat rumah, stress!"

Sedih kalu anak-anak dengar.

Apa pernah ke dia fikir, camner rasa dan perasaan penjaga anak dia
Hahhaha, tu yang jadik kes anak kena dera ngan pengasuh kot
Sebab pengasuh pun tau tensen jaga budak kan
Dah mak sendiri tak sanggup jaga anak,
Apa lagi orang luar, yang bukan darah daging dia

Tapi, end up memang pengasuh la jugak disalahkah hehee
Memang la, pengasuh yang tak baik la sampai tahap mendera budak
Tapi, kalau kita as mak budak pun malas tak kwase nak jaga anak
Apa lagi orang lain, yang mungkin jaga budak sebab nak RM jer.

Kadang-kadang apa kita buat dan ucap
Reflections tu jadi balik kat diri kita
Kalau bukan kat kita, tapi anak kita.

Kat situ nampak niat dah tak betul
Janganlah kita salahkan anak pulak nanti
Bila kita tua, anak-anak taknak jaga kita
Anta rumah orang tua atau biarkan merempat

Boleh jer kita uruskan kerjaya, family dan anak
Yang penting kita kena uruskan emosi dulu

Kita pun manusia biasa, tak perlu nak jadi supermom
Buat setakat mampu
Kadang-kadang nak perfect sangat tu jadi stress

Macam saya dulu, saya mengaku
Saya nak rumah kemas tip-top
Nak buat kerja bisnes pun nak ada my own sweet time hahaha
Semua nak elok jer, sebab saya jenis perfectionist
End up saya letih, stress

Pastu, slow-slow saya cuba control
Rumah kemas time anak-anak gi skolah ok dah
Bila depa dah balik, korang nak sepah, sepah la
Cuma ajar dorang kena kemas
Walaupun tak sekemas saya buat, but at least dorang kemas
Ajar dorang tanggungjawab.
Tak perfect macam saya buat pun, saya pejam mata jer
*urut dada la jugak hahahhaa

Sama jugak dengan Dania
Slowly saya ajar cara sapu lantai
Walaupun tak bersih sangat
Cuci pinggan, cuci toilet hahahha

Cuma iron baju jer belum
Sebelum tahun depan dia dah kena iron baju sendiri
Tahun depan dah darjah 5

So, kita kena belajar agih-agih tugas
Supaya bukan semua atas batu jemala patik hehehe

Semoga sharing ni bermanfaat.
Kita pompuan ni, kerja ke, housewife ke, wahm ke.
Penat dia sama jer.
Cuma bergantung pada diri kita macam mana kita handle the situation.

Ok, caiyokkk semua!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...