Wednesday, September 28, 2016

Pentingnya Trust dalam Online Bisnes

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua :)

Bila tengok gambar ni, eh... apa ko nak citer sebenarnya ni Ayu?
Tak abes lagi ke mabuk raya?
Oh... nak bersambung dengan Deepavali pulak gamaknya hehe.


Sebenarnya nak share, dan lebih pada pendapat sendiri.

Bila buat online bisnes, TRUST adalah sangat penting
Orang nak membeli, mestilah daripada individu yang mereka percaya
Kannnn... cuba tempatkan diri kita sendiri la
Mesti nak stalk dulu fb dia ke, blog ke, ig ke
Baru ada rasa percaya nak beli
Ye lah, bila benda melibatkan duit, dan sikit personal info
(alamat, no telefon untuk orang pos barang).
Kita kena hati-hati. Usaha untuk beli dengan orang yang boleh dipercayai
Takleh la hentam kromo jer

Sebab tu lah, bila ayu nak membeli secara online
Ayu lebih prefer beli dengan blogger dan kawan-kawan di FB.

Yang selalu ayu membeli ialah dengan Aty Fared dan Ceera Noh
Haaa, ni memang tahap caya habes dah ni hahhaha
Sambil-sambil tu, sesama tolong bisnes kawan
Walaupun tak pernah jumpa, kawan alam maya tu
Trust tu, ada... dan rasa 'dekat dengan dorang.

Sebab tu lah
Ayu cuba luangkan masa untuk update blog
Walaupun bizi dan kekadang tu malas, update jugak

Sebab nak bina personal branding dan trust
Rata-rata customer dan prospek bisnes ayu datangnya dari blog

Pada tahap ni, alhamdulillah
Ayu tak perlu dah nak hard selling.
Cukuplah dengan sikit sharing dan storytelling santai di FB

Sekali-sekala ayu selitkan jugak kisah family
Kisah santai jer, poyo-poyo hehehee
Bina watak untuk Hariz, yang pelat memanggil namanya Alish

Cuma... sejak kebelakangan ni
Jarang dah share gambar kami di blog dan fb
FB pun tayang sekali sekala jer.

Simpan sikit ruang privacy untuk kami
Atas faktor keselamatan dan ehhh, rasa segan pulak hahahha
Tu sebabnya jarang dah muka kami masuk blog :P

Tu yang kadang fikir
Nak tulis semula blog private
Banyak kenangan dalam gambar
Yang bila gambar hilang... kenangan hilang sama!

So, if korang buat online bisnes
Eloklah ada blog. 

*Eh, kenapa isi cerita tak sinonim dengan entry ni?
Belasah jer la hahahhaha. Siap gak 1 entry sambil minum kopi panas!
Hahahhaha... okey jumpa lagi!

No comments: