Tuesday, September 6, 2016

Rendang Ayam dan Nasi Himpit Nyums!

Sabtu lepas, teringin pulak nak makan rendang ngan nasi himpit.
Beli ayam sekor, merendanglah dan menghimpitlah saya dengan gigihnya.

Maklum ler, orang sendu di dapur
Masak ayam sekor pun berjam-jam.

Sib baik dah hafal resepi dan cara membuatnya
Kalau, menengok resepi dah satu hal lagi
Kejap-kejap baca, kejap-kejap baca
Mana tak makin lambatnya memasak ;P


Rendang versi saya, sempoi jer.
Lepas la untuk tekak kami sekeluarga.
Nak masak umah mak sendiri boleh la, umah orang lain tak berani.
Nampak sangat kurang keyakinan diri bab memasak.
Yelah, selera family sendiri takper, orang lain, saya tak yakin.
So, kat umah orang, saya jadik tukang makan jer hahaha.



Siap untuk di ngapp!
Alamak! Masa menaip ni dah terliur semula dah
Kang esok ada jugak merendang lagi skalik.




Raya haji lagi seminggu, kesian Nek Jah.
Saperlah nak tolong masak rendang.

Harap ada la kakak ipar balik dan tolong masak.

Rindunya kat Nek Jah dan semestinya ketupat palas dan tapainya.
Huhuuuuu. 

1 comment:

khadijah armawai said...

sedapnye...teringin tiba2.. :)