Thursday, September 1, 2016

Review The Pines Hotel Melaka| Swimming Pool

Hotel ni ada 2 jenis pool
Iaitu outdoor dan juga luar bilik
Luar bilik ni ala-ala private pool, tapi takder la private pun
Ko lompat jer keluar dari beranda bilik, dah masuk pool
Takyah berangan nak seksi-seksi
Hhahaha... ni konsep kalau malas nak jaga anak, senang
Duduk jer kat beranda, buleh pantau anak
Rasa nak mandi jugak, terjun tiruk jer terus.

Kitorang tak dapat bilik ada pool ni
Dah booking lambat

Maka, bersyukurlah dengan pool outdoor
Itu pun, Hariz & Dania dah macam itik air dah

Malam mula-mula tu, kami turun lawat kawasan dulu
Boleh tahan besar, simple dan cantik

Esoknya, lepas breakfast, apa lagi
Terjun tiruk la depa 3 beranak.

Pool bahagian kanak-kanak boleh tak pakai swimming suit
So, takyah risau yer.

Comel jer.
Mandi dulu sket yer, buang habuk-habuks kat badan
Tapi saya tengok takder pun orang mandi dulu ahahaha.
Jadi tempat bilas tu yer.



Swimming pool ni kat Level 7.



Ni jer playground yang ada. Dalam air takder apa-apa yer. Air semata hehhe.




Saya suka rumput tiruan ni.
Sejuk mata mandang, rasa nak golek-golek jer atas tu baca buku



Tempat duduk-duduks, tak banyak sangat, boley laaa



Pool bawah bumbung, untuk dewasa
Boleh mandi-manda sampai 9pm yer.


View antara pool dewasa bawah bumbung tadi dan belah kiri tu untuk kanak-kanak.



Belah kanan dekat hujung tangga tu pun pool dewasa jugak.
So ada 2 pool dewasa kat sini. Cuma yang sana tu kecik sket



Tetiber nizam ada 3 anak. 
Budak cina tu, nampak jer saya nak snap gambar, cecepat dia pergi nak posing sama hahaha.
Jenuh mak dia panggil, dia buat derk jer hahha



Nak sangat bergambar, nah pakcik nizam dukung terus haha
Dah anak-anak sendiri pulak muka dah macam merajuk hihi
Kebetulan pulak muka budak berdua tu camtu, kelakar tengok.



View, sungai yang Melaka River Cruise dok lalu-lalang




Tempat ambik towel dan ruang duduk-duduks




Ni la view bilik yang ada pool.
Nampak tak yang belah kiri tepi bangunan tu.
Itu la poolnya, comel jer.



Best sebab nyaman jer walaupun masa budak-budak mandi dah kul 1 tengahari.
Hari Sabtu tak ramai lagi orang check-in, masa ni tinggal dorang 3 beranak jer dok mandi.
Jakun nau hahahaha



Big mama dia malas mandi kolam, dia duduk-duduk jer cuci mata sambil baca buku.
Lunjur kaki dengan penuh kemalasan.
Takyah pikir pasal nak masak, nak kemas rumah, nak bagi kucing makan, nak siram pokok.
Cuma kalau dah otak bisnes, ehh mesti terpikir jugak
Mana tak pikirnya, kalau ada jer order dan org wa tanya pasal perfume De'Xandra
Alhamdulillah. Semua tu rezeki, bila-bila dan kat mana-mana pun DIA buleh kasik.

Masa ni, buku rekod bisnes pun tak bawak, konon nak bebetul rehat
Haa, sekali ko banyak order masuk
Menggagau tulis kat kertas notes hotel hahahha.




Ni pulak mandi sesi petang Sabtu. Papa dorang dah boring menunggu tu hahaha.
Kalini, saya pun terjun tiruk la sekali. Tu pun jenuh nizam dan anak-anak ajak mandi sama
Yelah, Big Mama mencemar duli, tapi kejap jer yer.



Mereka happy, papa mama pun happy!


So, daripada review saya.
Swimming pool The Pines Hotel best, bersih dan senang nak pantau anak.
Sesuai nak bawak family bercuti.

InsyaAllah, ada rezeki kita cuba bilik ada pool
Haaa... mandi la pepuas korang 2 beradik.
Mama senang nak bergoleks jer atas katil hehehe.


Sekian laporan saya. 

No comments: