Posts

Showing posts from October, 2016

7 TIPS CARA PAKAI PERFUME PEREMPUAN WAJIB TAHU

Image
1. Memakai lotion sebelum menyembur minyak wangi -Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untukk membantu mengekalkan bau kegemaran anda.

2. Spray perfume sebaik sahaja selepas mandi dan sebelum memakai baju -Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian atau barang kemas.

3. Jangan lap perfume di pergelangan tangan selepas sembur -Jika anda menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama, anda akan memaksa TOP NOTE untuk hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian anda tidak bertahan lama.

4. Menyembur perfume yang berasaskan alkohol terus pada rambut akan membuatkan rambut menjadi kering. Jadi spray perfume pada berus sikat dahulu sebelum menyikat rambut -Rambut akan jadi wangi!

5. Sembur perfume pada bantal dengan bau yang menenangkan - Contoh perfume berasaskan Lavender untuk tidur yang lebih lena.

6. Jangan menyimpan perfume dalam bilik …

Selamat Bercuti Deepavali!

Image
Cepat masa berlalu.
Si kakak dah selamat ikut Mak Long dia balik Keratong kejap tadi. Tak menyempat nak balik ngan papa mama esok.
Si adik mengamuk tak bagi kakak pegi Terpakse pujuk cakap nanti papa belikan kepak ayam pizza hut malam ni.
Selamat bercuti panjang semua.
Cuti-cuti jugak, bisnes De'Xandra saya berjalan seperti biasa. Boleh Whatsapp:
013 - 255 0727
*No call please, whatsapp jer tau. Thank you :)

Nukilan FOUNDER DE'XANDRA

Image
Jika ada antara anda yang nak beli De'Xandra Perfume dengan harga lebih murah daripada harga ditetapkan, nak diskaun, nak beli borong atau lagi worst katakan saya berkira dalam menjual, sedangkan ramai agent atau dropship lain jual lebih murah, anda mesti baca nukilan Founder De'Xandra ini sampai habis.

Assalammualaikum.  Hye nama saya ERNAYANEE NUR BINTI JULAIMI, mungkin ader yang mengenali dan mungkin ada yang tidak. Ia tidak begitu penting kerana saya hanyalah FOUNDER DE'XANDRA.
Kewujudan Dexandra menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini kerana mampu membantu ramai orang mendapatkan wangian mampu milik setanding original selain ia juga membantu JEMAAH sekalian termasuk anda menjana pendapatan. Ya Allah alhamdulillah. Semoga Dexandra kekal memberi manfaat..

Tetapi akhir-akhir ini ramai yang tidak mengendahkan sensetiviti JEMAAH DEXANDRA yang bertungkus lumus menjaga kredibiliti dexandra dimata umum .
✅ BERMAIN HARGA.
Ia adalah topik paling diperkatakan dan menjadi isu hangat di…

UPDATES| RUMAH SAKIT: DIA MAHU SAYA MENANGIS

Sumber: FB Prof. Muhd Kamil Ibrahim
Edisi terhad (hard cover) yang telah dicetak sebanyak 1000 naskah (nota: diterima 986 naskah) telah berpindah milik.
InyaAllah edisi ini tidak akan diulang cetak. Tiada lagi tempahan untuk edisi khas ini.
Edisi umum (kulit nipis) berharga RM25 akan berada di pasaran terbuka - kedai buku - tidak lama lagi. Ia - juga - boleh dibeli secara online terus melalui penerbit Galeri Ilmu.
Jika ada yang mahu naskah kulit nipis ini untuk diri sendiri, hadiah atau simpanan peribadi dan mahu bertandatangan penulis, boleh membuat bayaran kepada: Akaun Maybank 562731117671  UMKI RESOURCES sebanyak RM30  (termasuk urusan pos laju di Semenanjung dan RM35 di luar Semenanjung). Whatsapp nama, alamat, phone number dan bukti pembayaran kepada 0193154444.
InsyaAllah, penghantaran segera akan dibuat. Kami menghargai sokongan dan keterujaan rakan-rakan di dalam menerima kehadiran buku ini. Semoga ia jadi ilmu bermanfaat.
*Ini bukan entry berbayar yer, sekadar berkongsi :)

Mana nak beli buku Prof. Kamil?

Image
Salam semua.
Ramai kawan blog yang tanya, saya beli kat mana buku latest Prof. Muhd Kamil Ibrahim:
Rumah Sakit: Dia Mahu Saya Menangis yang saya share dalam entry INI


Untuk makluman,, saya beli terus dengan Prof. Kamil
Pre-order. Lebih kurang 3 minggu order, baru dapat.

Beli tru pre-order ni, dapat yang special edition
Hard cover  dan ada autograph Prof. Kamil
Siap tulis nama pembeli uols... ni i like.
Orang gila buku, memang cenggini, autograph penulis tu penting heh!

Saya beli ni RM45 termasuk pos (lupa dah rega, rasa yer)
Buku ni dah ada kat kedai-kedai buku kot.

Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh search FB Prof. Kamil
Prof. Kamil selalu sharing pasal buku-buku beliau & wife beliau
Puan Roza Roslan.

Ni dia, FB Prof.
Just search Muhd Kamil Ibrahim




Saya tak friend dengan Prof Kamil. Segan nak add, sebab FB saya merapu jer contents-nya hahha Rasa jauh benar taraf ilmu dan diri saya dengan beliau. So, saya Follow & See First jer.  Berbaloi-baloi ilmu yang boleh dapat darip…

Gangguan Bekalan Air Lagi...

Image
Ingatkan dah selesai masalah terputus bekalan air.
Nan adoooo... masih berlaku lagi. Tensen betul!

Ni dari tengahari hari Ahad lepas takder air
Sampailah masa saya dok taip entry ni.

Balik dari Sukaneka PASTI, ada lagi air.
Masa tu baru dalam pukul 11.30 am

Tak sangka la akan takder air lagi.
Masa ni malas lagi cuci baju, ingat nak cuci petang jer
Sekali... hamik ko, sampai ke saat ni takder air lagi.



Sejak petang semalam, air kat tangki pun dah habis Sebelum tu ok lagi, still ada air kat toilet dan beranda Nak cuci pinggan dan masak sikit-sikit takder masalah Cuma seksa la, kena angkut air atau buat kerja dalam toilet Sangatlah tak selesa uols.
Syukur minggu ni Nizam ada kelas jer kat ILSAS Kalau dia outstation, mati makkk!
Balik kelas petang semalam, dia beli 2 kotak mineral water Dah la dia balik tak terus mandi, masa tu ada lagi air Sekali, dia nak mandi air dah takder langsung hahha Padan muka hihiiii.
So, petang semalam & pagi tadi Kami 4 beranak mandi guna air mineral water …

Rumah Sakit: Dia Mahu Saya Menangis

Image
Bila dah siap housecore & urusan bisnes + blogging Saya suka baca buku
Buku yang saya suka ialah buku motivasi keagamaan dan bisnes Kalau majalah pulak, suka Anjung Seri & Impiana Tapi, takder la konsisten membeli setiap bulan.
Majalah yang lama pun, saya belek-belek ok jer Just cuci mata sambil berangan ada umah lawa haaha.


Buku terbaru daripada Prof. Muhd Kami Ibrahim "Rumah Sakit: Dia Mahu Saya Menangis"

Buku ni saya pre-order pada bulan lepas. Dah selamat terima tru pos laju hari Khamis lepas Jumaat tu, terus baca... sekali hadap habis baca.
Best! Wajib beli. InsyaAllah, nanti saya buat review buku ni.
Dan... nak tunjuk ni: Mahal ni hehehe. Untuk ulat buku, tandatangan Penulis ni punyai value yang sangat tak ternilai harganya :)
Naskah hebat, daripada penulis yang hebat Tahniah Prof. Kamil.

7 Trick & Tips Pakai Perfume

Image
Semoga Tips ini bermanfaat buat pencinta perfume semua. Jangan lupa amalkan tau :P

Pokok Jurai-jurai

Image
Asyik citer pasal bisnes jer kan? Bosan nanti hehhee


Hari ni, nak kasik cuci mata tengok gambar pokok hijau-hijau Gigih saya google gambar pokok style jurai-jurai gitu. Hahaa... suka-suka hati sebut 'jurai-jurai'. Sebabnya tatau nak sebut pokok jenis camner kan
Tengok jer la sendiri camner pokoknya Yang pasti....semuanya cantik!















Buat camni kat SOHO lawa sangat!



Hmmm... setakat ni money plant jer la mampu beli dan jaga Itu pun tak sempat berjurai-jurai membesar. Mati dulu hahahhaa


Nak berjurai sangat, nanti pergi nursery beli jer yang dah siap jurai-jurai camni. Setel haahahah


Pokok sireh pun boleyyy... berjurai jugak kan?
Lawa pulak hahaha! Kang aku tanam pokok sireh pulak. Senang 'Abang Salleh' nak mintak buat hantaran kawen :P


Rajin google pasal pokok ni, sebab rasa dah lama tak pegi buat lawatan tapak kat nurseri. Ketapang Brazil tak beli-beli lagi ni. Selagi tak dapatttttt!



*Semua image from Google Image

Genap Setahun Berbisnes De'Xandra Perfume

Image
Pagi tadi, menyambil tunggu Dania bersiap nak ke sekolah 
Saya scroll FB. Dalam pukul 7am+ gitu

Keluarlah Memories kat FB tu kan.
Wah! tanjat gegirl dan barulah gegirl (lah sangat) tau
Yang hari ni, 20/10/2016 genap setahun saya berbisnes De'Xandra Perfume!









Baru tahu, ni tarikh sebenar hati masih ragu-ragu nak cuba ke tak?
Nak buat ke tak bisnes ni.
Sebab masa ni saya masih jual lagi Shawl byJajaKalam
Cuma saya dah tak ambik stok sendiri
Just jadi dropshipper jer, sebab kekangan masa nak pergi ambik stok dan pos

So, Allah lorongkan hati ni, cuba jerlah... mana tau rezeki kat sini kan.
Akhirnya... setahun sudah. 






Setahun berlalu, banyak dah pengalaman dilalui Saya gunakan medium online sepenuhnya Sebabkan saya dah selalu dok zikir saya tak suka jumpa orang hahhaa Saya suka bisnes 'dibelakang tabir' jer eceh! In fact, kalau orang call pun Jika nombor tak dikenali, saya tak pick up call Jangan cakap saya sombong takabbur tau hehhee Sebab saya lebih selesa berurusan melalui Whatsapp/telegram jer

Berhenti Kerja - Jaga Anak - Bisnes dari Rumah

Image
"Bestnya saya tengok Kak Ayu, bisnes dari rumah SAMBIL jaga anak".

Haaa... gitew. Walaupun saya ni kategori berbisnes sendu jer.
Tapi, ada orang adore dengan iols okey. Hhahaha.

Alaaa... janganlah adore sangat yer.
Saya ni biasa-biasa jer, dah 6 tahun tak keje
Bisnes macam-macam dah, tetaplah macam ni jer
Tak nampak lagi bayang nak kaya dan raya

Namun, saya bersyukur, seadanya.
Apa yang Allah bagi sepanjang 6 tahun ni
Rasanya lebih daripada apa saya pernah merasa zaman kerja dulu

Yelah, zaman kerja dulu, nama jer pegawai Gred Q41
Gaji tak sebesar mana
Duduk pulak kat Shah Alam.
Walaupun anak baru sorang masa tu.
Tapi, Nizam keje kat Bangsar, berulang-alik tetiap hari
Duit banyak habis kat tol, minyak, belanja dan hutang!

Bila kenang balik... terer aku manage duit gaji bersih 'sebanyak' tu
Mungkin masa tu ekonomi tak macam sekarang
Tiap-tiap bulan dapat shopping walaupun gaji ciput jer.

Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak saya dustai?
Syukur alhamdulillah.



Berhent…

Mengemas & Susun Atur: Pakaian Harian

Image
Hari Ahad, sambung pulak memunggah 2 toyogo 
Pakaian harian saya dan nizam

Nizam punya toyogo peach
Saya punya toyogo grey (dari zaman blajo MMU dulu lagi heh!)



Kitorang ni malas nak turun naik tangga yer!
Sebab tu la pakaian harian kami 4 beranak letak bawah jer
Pakaian jalan-jalan baru letak kat bilik atas

Nampak tak, betapa tahap super saiyaaa-nya malasnya kitorang.
Ko mampu lawan tak? Hhahaa.

Sebab tu, saya berdoa sangat
Semoga bila dah stabil nanti
Kitorang mampu beli rumah setingkat atau buat umah sendiri
Sebolehnya doa sangat, taknak umah 2 tingkat
Malas nak turun naik, dan rasa tak fully utilised tingkat atas.
Biar umah kecik dan setingkat jer, asalkan sesuai dengan kami.

Eh, ke lain pulak ceritanya
Apa pun, mohon doakan yer :)



Ni baru punggahan keluar daripada toyogo saya. Selesaikan satu per satu. 


Dah siap saya punya, baru keluarkan nizam punya. Siap dedua dalam 2 jam jer.
Itu pun banyak yang saya buang mana-mana memang tak pakai. Nak sedekah kat orang, rasa tak sesuai dah. …

Mengemas & Susun Atur: Shawl

Image
Dalam to-do-list mengemas dan susun atur, bersusun list tempat nak kena kemaskan. Kalau boleh nak kemas setiap ruang, dari beranda, ruang tamu, dapur dan ketiga-tiga bilik.

Memang nak kena buat konsep 5S sebelum bulan Disember ni. Lepas tu, dah nak kena fokus hal lain dah. Masa tengah larat ni, kena buat cecepat. Walaupun, alahaiiii lemaunya nak memulakan tu huhuhu. 
So, Sabtu kelmarin, since Nizam kerja kat Penang, nak isi masa yang bosan, saya pun mulakan dengan kemas dan susun atur shawl dan tudung. Alaaa, tak banyak pun. Tapi, dia punya sepah dan letak sana-sini tu boleh tahan la. Especially bila bawak balik kampung, haaaa mula la tak teratur letak tempat asalnya semula.

Maka, dengan penuh kemalasan saya pun selow-selow la mengemas. Biasa letak kat toyogo baju kat dapur jer. Tapi, kali ni letak kat drawer dalam master bedroom. Sebab bukan selalu pun pakai, asyik dok ulang pakai yang sama jer bila keluar. Jadi better letak kat atas jer.




Ini shawl masa zaman-zaman aktif bisnes Prem…