Wednesday, October 12, 2016

Ambik Mood Dulu Yer

Semalam saya taburkan janji manis nak share pasal Bagaimana Nak Mula Bisnes dari Rumah. Janjinya nak share petang kan, sebab lepas buat entry tu saya berlari berkejaran seindah bunga di taman nak masak sebelum Hariz balik sekolah. 

Konon... petang nak buat la entry tu. Sudahnya, nan hadoooo. Laptop seharian tak on dah pun. Order De'Xandra dan banking transactions semua guna hp jer. Laptop dah angkut turun bawah dan guna kat bawah dah, tapi dia punya 'rajin' tu... perghhh, menebal okey!

Lagi pun, saya nak carik dalam pictures folders saya dan google gambar-gambar berkaitan untuk jadikan sharing lebih menarik dan senang nak hadam untuk setiap penerangan atau cara yang saya nak share. 

Jadi, tabahlah menanti aura rajin tu menjelma :P


Okey, masa saya taip entry ni, dengan duduk ngadap SOHO kat bawah. Console SOHO-lah saya namakan, sebab guna console table as SOHO hehehe. Sempit la sikit, nak letak lengan atas tu pun tak muat, ngam-ngam untuk letak laptop jer huhuuu. Tapi best la, sebab dekat ngan anak-anak dan husband bila dorang ada kat umah, dekat dapur, dekat toilet, sejuk, malap dan takyah turun-naik tangga. Yeay! Sekali-sekala jer baru naik atas. Hmmmm, berhabuk la SOHO atas tu.


Ni gambar malam tadi, update sales records dan $ in/out untuk 11/10/16 punya.



Hari ni, Dania balik sekolah lewat sikit, so takder rushing nak masak nasik. Dah siapkan bancuhan cekodok kentang untuk Hariz. Pastu, dia balik nanti nak panaskan 2 ketul kepak ayam goreng yang papa dia belikan malam tadi. 

Hariz ni, jenis tak makan nasik sangat. Dia suka makan mee, spegeti, lempeng & cekodok cicah sos tomato. Haaa, memang senang la takyah rushing nak masak nasik. Kalau makan nasik pun, dia suka makan tanpa lauk. Kuah atau kicap jer. Lauk dia buat ratah hahahah. Bukan tak makan terus lauk, tapi suka meratah. Feveret dia kepak ayam atau ayam bahagian tulang-tulang. Kalau bahagian isi, memang dia tak makan, atau gigit-gigit isap dia luek balik. Sabor jelah!

Haaa, tadi jugak dah siap pun buat bubur kacang! Malam tadi gi kedai, nampak daun pandan segar jer. Terus geram hehhee. Beli sekali santan segar seplastik dan kacang hijau sepeket rega RM2. Pagi ni, terus masak bubur kacang. Dah siap! Sedapnya cicah dengan roti gardenia. Nyumsss.

Tapi ayu sorang jer makan. Tengoklah petang nanti suh Dania bawak kasik Mak Long dia sikit. Pak Long dia suka bubur kacang. Sedap ke tidak, nasib ler... kalau ada durian mesti lagi nyumssss!

Lepas zuhur baru nak masak nasik. Menu hari ni siakap asam pedasssss. Dania suka sangat ikan siakap. Sekor untuk kitorang berdua jer hahaa. Nizam & Hariz tak makan siakap. Fuh! Sekor makan berdua ko, dah rasa macam kucing dah hahaha.



Menyambil jugak sambil buat kerja ni, siram 2 pokok yang letak dalam rumah. Lepas siram, letak kat dapur, tempat sumber cahaya pagi. Kasik depa subur menghijau. Suka tengok pokok-pokok hidup as hiasan dalam rumah.

Hmmm... apa lagi nak membebel ek... best pulak menaip hehehe. Nak scrool fb dah boring. Ntah, saya guna fb semata untuk bisnes jer hahaha. Kalau tak, rasa dah de-activate akaun fb. Makin lama makin bosan fb ni. 

Tapi nak buat caner kan, dah tu salah satu channel nak bisnes. Redha kan jer la. Okey uols, InsyaAllah saya akan tunaikan janji manissss saya tu. Slow-slow saya carik gambar dan susun ayat untuk sharing dengan uols.

Jumpa lagi.

2 comments:

Nona Qiyah said...

Aishh, lama saya tungu ni, hahaa

Ok, teruskan, xpe..slow2, janji sedap ayat nantii :)

Anonymous said...

sis duduk area kulai jaya ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...