Wednesday, October 19, 2016

Berhenti Kerja - Jaga Anak - Bisnes dari Rumah

"Bestnya saya tengok Kak Ayu, bisnes dari rumah SAMBIL jaga anak".

Haaa... gitew. Walaupun saya ni kategori berbisnes sendu jer.
Tapi, ada orang adore dengan iols okey. Hhahaha.

Alaaa... janganlah adore sangat yer.
Saya ni biasa-biasa jer, dah 6 tahun tak keje
Bisnes macam-macam dah, tetaplah macam ni jer
Tak nampak lagi bayang nak kaya dan raya

Namun, saya bersyukur, seadanya.
Apa yang Allah bagi sepanjang 6 tahun ni
Rasanya lebih daripada apa saya pernah merasa zaman kerja dulu

Yelah, zaman kerja dulu, nama jer pegawai Gred Q41
Gaji tak sebesar mana
Duduk pulak kat Shah Alam.
Walaupun anak baru sorang masa tu.
Tapi, Nizam keje kat Bangsar, berulang-alik tetiap hari
Duit banyak habis kat tol, minyak, belanja dan hutang!

Bila kenang balik... terer aku manage duit gaji bersih 'sebanyak' tu
Mungkin masa tu ekonomi tak macam sekarang
Tiap-tiap bulan dapat shopping walaupun gaji ciput jer.

Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak saya dustai?
Syukur alhamdulillah.



Berhenti kerja - jaga anak - bisnes dari rumah
Rasanya ramai pompuan idamkan 3 perkara ni.

Namun tak semua dapat capai impian ni kan?
Takper. kerja pun bagus. Dah sah-sah ada gaji tetap
Tiap-tiap bulan dah takyah pening pikir pasal targer sales & income
Cucuk jer kat ATM atau klik jer online banking
Ada jer duit gaji masyukkk kan?

Sedangkan saya dan wanita lain yang bisnes dari rumah
Nak pecah kepala dan badan struggle untuk income sendiri
Dah la income turun naik
Ada masa masyuk, ada masa biasa jer, ada masa nan adoooo

Semua tu 'harga' yang perlu dibayar bila kerja atau bisnes sendiri.
Tak mudah, fizikal dan mental kena kuat.

Yelah, kita semua ada masa 24 jam sehari
Bila kerja makan gaji, kita keluar dari rumah
Memang fokus untuk bekerja tu dah ada sekian-sekian jam.
Pepagi anta anak rumah pengasuh/taska/tinggal kat maid
Waktu kerja, kita fokus dengan kerja
Bila dah sampai rumah, baru uruskan family pulak

TAPI...
Kami yang bekerja dari rumah ni
Semua nak kena pulun kat rumah
Haaa... mana nak kemas umah, nak masak, nak uruskan anak
In fact... urusan bisnes tu paling last sekali dapat buat!

Kekadang, seharian nak on laptop pun tak sempat
Urusan bisnes guna ipad atau handphone jer
Kalau jenis saya yang old skol ni, nak jugak buat kerja ngan laptop
Lebih puas dan rasa lebih mudah
Tapi, apakan daya... kena jugak guna handphone
Bab rekod sales nak tulis kat buku, kendian kira
Kekadang tak sempat pun buat tiap-tiap hari
Kumpul dulu sehari dua dan lebih
Dah ada sweet time baru dapat buat
Haaa... masa ni jenuh nak check balik huhuuuu.

Walaupun anak dah kira kategori besar
10 tahun dan 6 tahun
Tapi, jika pengurusan waktu tak betul
Memang ke lautttt laaaaa...

Jadi, kerja dari rumah ni penat jugak
Kalau saper rasa kerja makan gaji penat
Dan nak berenti kerja sebab nak kerja dari rumah yang mitosnya rileks
Lupakan jer laaa.

Sama jer penatnya.
Dah namanya kerja kan?
Dan selagi kita bergelar perempuan
Selagi tu tugas kita tak pernah habis!



Dalam hidup ni, takder semuanya senang dan manis
Begitu jugak, tak semuanya susah dan tak best!
Hidup ni ada turun dan naik, suka dan duka
Tak aci la kalu asik nak yang best ajer kan?

So moralnya...
Jika nak berhenti kerja untuk jaga anak dan bisnes dari rumah
Seeloknya biarlah kita cuba bisnes secara part time dulu
Jangan la semberono benti keja
Bahaya sangat

Lainlah uols dah ada saving banyakkk atau dah kaya
Haa tu takper, buleh anto notis 24 hours hehehhe.

Okey, nanti membebel lagi, jangan bosan yer hehhe.


No comments: