Wednesday, October 5, 2016

Console Table as Workstation di Ruang Tamu

Semenjak beberapa menjak ni, malas pulak naik buat kerja kat SOHO kat atas. Dah la kalau naik jer, panas. Memang wajib la on ekon & kipas sesiap dulu dalam 10 minit at least. Dah agak sejuk, baru naik duduk melangut kat workstation.

Dah la ekon kat atas tu bukan jenis inverter. Maka, bergandalah bil letrik. Pastu, masa dok kat atas rasa terhad. Biasa saya fokus dok atas waktu anak-anak gi sekolah. Dari pukul 8.30 am - 11.00 am jer. Dalam masa tu jugak la saya nak solat dhuha dan baca Al-Waqiah atau Yassin. So, masa nak buat kerja bebetul tu lebih kurang sejam jer.

Pastu, dalam pukul 11.00 am, saya shutdown laptop, off ekon, kipas dan segala plug, terus turun bawah untuk masak. Bila Hariz dah balik sekolah, dan diikuti Dania pulak, saya dah tak naik atas. Kecuali waktu petang lepas asar saya naik dalam sejam dua sampailah jam 6.30pm. Itu pun jika Nizam ada kat rumah. Dorang 3 beranak tu duduk kat bawah tengok tv atau bebudak kuar main. 

Sebab rasa tak sampai hati, anak-anak dan suami kat bawah, saya pulak memerap buat kerja kat atas. Wah, macam misali sangat ni hahahhaha. Bukan apa, kalau boleh nak saya ni depan mata dorang. Senang nak pantau dan tengok apa depa buat. Walaupun kejenya nengok tv jer.

Pastu dengan keadaan sekarang dan akan datang, rasa saya perlu ada lagi satu workstation simple untuk saya buat kerja bila-bila masa saya nak buat. Contohnya ada order De'Xandra masuk, nak update blog, nak update rekod sales kat buku, dan kerja-kerja yang saya kena duduk dengan selesa dan fokus.

Bukan tak boleh guna handphone, cuma saya lagi suka guna laptop. Kekadang bila order De'Xandra berderet masuk, saya nak jugak guna web kat laptop sambil terus update rekod kat buku daily sales record, daily cash in/out dan stok. Memang semata nak naik atas buat kerja ni selain jam 8.30 am - 11.00 am tu memang malas sangat.

Workstation kat atas tu, takleh dah bawak turun bawah. Sebab meja tu berat  gilaaaa. Nizam angkat ngan adik ayu dulu tu, memang seksa tengok nak bawak naik tangga. Kang aku mintak nizam angkut bawak turun pulak ada aku kene bebel 4000 patah perkataan secara bertubi-tubi hahahha. Lagipun, Dania boleh guna sebab SOHO tu dalam bilik dia.

So... solution yang ayu fikir sejak sebulan lepas ialah beli console table. Nak beli meja kerja lagi, memang taknak la. Sebab ruang bawah ni sempit. So, console table yang paling simple di dunia dirasakan sesuai. Nak beli yang paling murah di dunia jugak kekdahnya hehehe. 

Maka, marilah kita cuci mata dengan gambar-gambar google ni heehe.


Image result for meja console



Image result for meja console



Image result for meja console



Image result for meja console



Image result for meja console



Image result for meja console



Image result for meja console



Since nak guna bukan sekadar as tempat hiasan, tapi as workstation, ayu kena pilih yang takder palang atau para kat bawah sebab nak letak kerusi dan nak duduk kat situ. contoh yang macam ni memang tak boleh la:

Image result for meja console
Caner nak letak kerusi ni? So, tak boleh camni. 



Mana nak letak?
Kat sini:

Kat tempat workstation lama ayu. Depan toilet hahaha.


InsyaAllah, ada masa nak ajak nizam gi survey kat kedai perabot Ah Keong, Ah Chong dan Ah Long (ehhh). Carik yang murah-murah jer, below RM200 kot ada.

Tak cantik takper, asalkan boleh guna untuk tujuan sebenar. Ewah! Sekali aku merambang mata dalam kedai perabot huhuuu.


Image source: Google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...