Thursday, October 6, 2016

Deko Pokok Dalam Rumah Lagi...

Untuk makluman, tak pegi beli lagi pokok ketapang brazil
Nak upah personal shopper ikea, rasa macam nak wasap hahha.

Ajak nizam, dia cakap
"Ala, beli jer kat nurseri dekat umah acik darus tu, RM68 jer, mama kan banyak duit, apa sangat RM68 tu".

Uiksss... sayang okey, banyak tu RM68 untuk sepohon pokok.
Unless dia yang belanja, melompat aku ajak dia pegi haaha.

Sayang pulak rasa nak melebur duit sebanyak tu untuk pokok.
Kalau mati pokok tu caner?
Menangis bucu sopa la aku, mengenangkan duit melayang gitu ajer.
Nampak sangat tanam pokok asik mati jerk!

Takper, belum rezeki lagi nak deko dengan ketapang brazil.

Meh la kita tengok apa spesis pokok yang ada kat laman.

So, pagi tadi masa nizam kalut nak gi kelas
Dengan dia dok tangkap si Zorro sumbat masuk sangkar
Sebab Zorro ni suka duduk bawah kereta
Kang sesia kene lenyek, kecelakaan didepan rumah pulak.

Ayu pun, tengok kat beranda ada pokok sesuai letak dalam rumah
Since pasu pokok tu besar dan jenis batu bata tu
Ayu pun tukar masuk pasu plastik kecik
Matik ler kalu mati pokok ni, sebab pasunya kecik jer hahaa
Boleh la, sementara beli pasu plastik lain.

So, dah tukar pasu, bawak masuk dalam rumah
Siram sikit, lap-lap daun sikit, then letak dalam raga

SIAP!
Deko pokok dalam rumah tanpa bajet dan mudah saja!

Raga tu Ayu beli kat KT masa baru kawen dulu lagi.
Asalnya warna rotan la kan coklat-coklat.
Pastu ayu spray kaler putih. Amik ko, bertompok-tompok tak rata
Belasah jer la. Kan dah kata ayu ni bab keje-keje spray dan mengecat memang failed!





Kalau ada masa nak beli pasu lain gantikan raga ni
Mesti lebih sesuai dan cantek.
Buat masa ni, bertabahlah dulu dengan raga ni.

Okey, jumpa lagi :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...