Tuesday, October 25, 2016

Gangguan Bekalan Air Lagi...

Ingatkan dah selesai masalah terputus bekalan air.
Nan adoooo... masih berlaku lagi. Tensen betul!

Ni dari tengahari hari Ahad lepas takder air
Sampailah masa saya dok taip entry ni.

Balik dari Sukaneka PASTI, ada lagi air.
Masa tu baru dalam pukul 11.30 am

Tak sangka la akan takder air lagi.
Masa ni malas lagi cuci baju, ingat nak cuci petang jer
Sekali... hamik ko, sampai ke saat ni takder air lagi.

See, dah penuh!
Petang ni, kalau takder air jugak lagi, kena pergi carik laundry area Nilai @ Seremban atau memana la yang ada bekalan air. Sel service laundry, yang terus kering.
Seluar basahan Hariz kat umah dah habis pakai!


Sejak petang semalam, air kat tangki pun dah habis
Sebelum tu ok lagi, still ada air kat toilet dan beranda
Nak cuci pinggan dan masak sikit-sikit takder masalah
Cuma seksa la, kena angkut air atau buat kerja dalam toilet
Sangatlah tak selesa uols.

Syukur minggu ni Nizam ada kelas jer kat ILSAS
Kalau dia outstation, mati makkk!

Balik kelas petang semalam, dia beli 2 kotak mineral water
Dah la dia balik tak terus mandi, masa tu ada lagi air
Sekali, dia nak mandi air dah takder langsung hahha
Padan muka hihiiii.

So, petang semalam & pagi tadi
Kami 4 beranak mandi guna air mineral water
Cebuk segala pun guna mineral water
Wowww, terasa kayanya perabih duit hahhaa.

Mandi sorang 2 @ 3 botol jer yer hihihii
Haaa, baru ko rasa air pun rezeki yang tak ternilai harganya.

"1, 2, 3..." tiap-tiap kali masuk toilet, Hariz akan kira bilangan botol!



Nak pegi kelas tadi, Nizam pegi beli lagi sekotak
Dia bukak setiap penutup sesiap hihi
Maklumlah, i  kan wanita lembekkk lemah
Nak bukak botol air pun tak boleh
Tapi Nizam sendiri pun bukak siap pegang kain
Sebab jenis penutup botol air ni susah nau nak bukak.
Haa, terasa princess ler sangat, bukak air pun laki buatkan ahaks!


Ni tak tau la nak masak macam mana
Periuk nasi semalam tak basuh lagi
Memang la nasik tu tak basi, tapi masak kena masak jugak
Malam tadi pun keluar makan KFC jer

Pinggan dan cawan ada la beberapa bijik tak cuci tu
Iskkk, mata ni mana boleh tengok ada yang tak bercuci.
Tak suka... 
Tapi, nak jimat air... huhuhu macam mana ni

Ada baca kat FB semalam, tatau la ye ke tak
MB Selangor cakap ada orang sabotaj air
Hal politik la apa lagi... hmmmmm

Korang nak politik pun, lantak korang la
Tapi memang hampeh tahap super saiyaaaa laaaa.
Nasib anak-anak exam.
Kalau tak... dari semalam dah suh nizam anta balik Keratong dah
Tak sanggup ahhh mandi dengan 2 botol air mineral jer haahhaa

Semoga kejapppp lagi ada air.
Amin. Mak tak sanggup uolsss berterusan macam ni huhuhuuuu.

No comments: