Genap Setahun Berbisnes De'Xandra Perfume

Pagi tadi, menyambil tunggu Dania bersiap nak ke sekolah 
Saya scroll FB. Dalam pukul 7am+ gitu

Keluarlah Memories kat FB tu kan.
Wah! tanjat gegirl dan barulah gegirl (lah sangat) tau
Yang hari ni, 20/10/2016 genap setahun saya berbisnes De'Xandra Perfume!









Baru tahu, ni tarikh sebenar hati masih ragu-ragu nak cuba ke tak?
Nak buat ke tak bisnes ni.

Sebab masa ni saya masih jual lagi Shawl byJajaKalam
Cuma saya dah tak ambik stok sendiri
Just jadi dropshipper jer, sebab kekangan masa nak pergi ambik stok dan pos

So, Allah lorongkan hati ni, cuba jerlah... mana tau rezeki kat sini kan.
Akhirnya... setahun sudah. 


Inilah gambar pertama saya snap untuk letak dalam FB.
Dalam status yang saya share kat atas tu.

Saya guna teknik validation yang saya belajar melalui eBook & video MB2000 by Tuan Faisal Abdullah.

Alhamdulillah, berkesan.




Setahun berlalu, banyak dah pengalaman dilalui
Saya gunakan medium online sepenuhnya
Sebabkan saya dah selalu dok zikir saya tak suka jumpa orang hahhaa
Saya suka bisnes 'dibelakang tabir' jer eceh!
In fact, kalau orang call pun
Jika nombor tak dikenali, saya tak pick up call
Jangan cakap saya sombong takabbur tau hehhee
Sebab saya lebih selesa berurusan melalui Whatsapp/telegram jer

SMS pun saya jarang reply, nak jimat kredit ngkooo
Hahha, matikler kedeks gila kan?
Erkk, actually, bila jual perfume berurusan dengan sms ni susah
Kekadang nak kena hantar gambar dan produk info kan
Jenuh la kan. Whatsapp ajer, jimat pun jimat :P


Genap setahun berbisnes De'Xandra
Team OhWanginya semakin berkembang
Ada yang aktif, dan ada yang tidur lena diulit intan hehehe
Tu normal la dalam apa jua bisnes kan. Tak pelik pun

Cuma kekadang, saya tak tau nak tolong macam mana
Untuk dorang merasa apa yang saya dah merasa
Dan dapat apa yang saya dah dapat
Dan kalau boleh nak mereka dapat lebih lagi
Untuk capai apa matlamat mereka nak bisnes De'Xandra ni.

Tapi, hanya diri kita sendiri sebenarnya yang dapat bantu diri kita
Kita yang tahu, apa matlamat aku nak buat bisnes ni
Mana hala tuju bisnes aku

Nak jual sebotol sehari? 10 botol sehari?
Nak income sebulan berapa? RM20, RM200, RM2000, etc

Seterusnya, apa plan tindakan?
Nak jual macam mana, guna medium apa?
Tindakan pulak macam mana?
Dah study pasal produk? Dah cintai & jiwai produk tu?
Sebab... kalau kita sendiri tak guna dan cintai produk
Susah tau nak jual, coz feel tu tak sampai
Haaa... gitew!

Semua tu atas diri masing-masing.
As for me, sebagai Agent, saya mampu tolong setakat mampu
Doa tu sentiasa ada untuk Dropship saya

Banyak sebenarnya nak share pasal bisnes ni
Sebab saya rasa bisnes De'Xandra Perfume dah banyak bantu saya
Dari segi kewangan, pengurusan kewangan dan bisnes dari rumah.

Cabaran utama bisnes ni?
Isu pemain harga!

Ini memang kaw-kaw-lahhhh
Sebab ramai individu yang tak amanah dan tak bertanggungjawab
Tapi takper, abaikan jer. 
Kalau dah rezeki tak ke mana
Asalkan saya pegang amanah Puan Erna.
Saya nak rezeki yang berkat.

Ada jer yang dok whatsapp survey harga, mintak less
Siap banding-bandingkan harga dengan seller lain
Ok fine... kalau nak yang murah dan sokong manusia tak amanah tu, silakan
Saya takkan merayu atau turunkan harga dan maruah saya sebagai trusted Agent

Sebab tu saya selalu pesan kat Dropship saya
'Tolongggg jangan main harga, kalau nak main harga, sila undur diri dari team OhWanginya".

Bunyik macam poyo dan kejam kan?
Tapi seriusly, saya taknak bersubahat dan terlibat sama.

Rezeki, kalau berkat... sikit pun InsyaAllah cukup
Doa jer banyak-banyak, mohon dengan Allah
Semoga Dia hantar customer yang tak banyak songeh
Dan mampu membeli dengan harga ditetapkan.

Setahun bersama De'Xandra Perfume.
Terima kasih Allah untuk rezeki ni.
Semoga panjanglah jodoh saya dengan bisnes ni
Sebab saya gila perfume dah saya sangat jiwai bisnes ni :)





So, kepada korang yang tercarik-carik peluang bisnes
Mungkin korang boleh pertimbangkan untuk cuba.

Nanti saya share lagi tentang journey saya dalam bisnes ni
*Ewah, nak share journey bagai, macam ko dah stokis ayu oiii hahaha

Till then, jumpa lagi uols :)

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu