Monday, October 10, 2016

Kalau nak... work for it!

Assalamualaikum semua.

Hari Sabtu kelmarin, lepas lunch kat kedai ikan patin tempoyak kat area Kajang, kitorang singgah kedai perabot Ah Keong (bukan nama sebenar hehe) kat Area Bangi. Semangat nizam cakap "tu ha, kedai perabot, boleh ke kedai ni?". Haruss la boleh kan hehhee. Sebab kedai tu pun boleh tahan besar, so rasa macam adalaaa pilihan lebih sikit berbanding kedai perabot kat Semenyih.

Pastu, dalam masa 15 minit, terus pilih console table yang berkenan kat mata dan paling utama sesuai dengan bajet nan ciput!

Mulanya nak ambik kaler putih, tapi nizam cakap rajin ke nak jaga? A'ah la kan... tahun depan insyaAllah bertambah komitment hehee. Sempat dan rajin ke nak menjaga perabot putih. Memang la tak rajin! Kagum betullaaa dengan uols yang rumah berperabot putih sesuci lebaran. 

So, redho jer la pilih kaler ceklat gelap, ala-ala kaler kerusi makan kat umah. Harga pun murah jer RM180. Tak banyak pilihan pun. Kayunya pun rasanya kayu getah jer heheheh. Tak mampu la saya nak kayu jati atau jenis mahal-mahal bagai. Dah la dok umah sewa, asik pindah randah jer, sayang perabot. 

Dalam dok menunggu tu, sempat la tawaf dalam kedai tu. Berkenan pulak dengan sofa bed besi kaler putih. Tanya Dania, dia nak ke tak. Dania cakap NAK! Tapi Dania nak yang besar, boleh tidur dengan Nenek Jah nanti. Alahai, Nenek Jah jugak dia sebut :)

Pastu tengok pulak lemari pakaian yang match dengan sofa bed tu. Ada. Tapi tak beli pun. Sebab ayu ni takder la minat sofa bed pun. Tapi bila tengok tu macam lawa pulak. Saiz yang tu super single. Kalau super single, kena beli tilam lain pulok. Sebab 2 tilam bujang kat umah ni saiz single jer. Hmmmm, banyak tu nak kena pakai duit. Sofa bed @ katil, tilam, lemari... eh, sesilap nak side table jugak haahha.

Kang ada aku kene sekeh kepala dan tazkirah ngan nizam:"tak baik membazir, kan elok duit yang ada tu bagi papa pinjam" Hhahahha, tu malas nak layan :P



Tapi, nizam tak kesah pun. Sebab dia tau, macam mana ayu berusaha bisnes dari rumah untuk bayar segala hutang & komitment bulanan ayu, bayar insurance, untuk nenek jah, saving dan yang wajib ada untuk SHOPPING!

Macam ayu pun, memang ayu akui ayu suka shopping. Ayu tak gila shopping pakaian, tapi gila shopping barang rumah dan hiasan. Walaupun takder la mampu nak beli barang-barang mahal dan branded, tapi asalkan dapat apa ayu nak, dah memadai dah. 


Yang penting, apa ayu nak... ayu akan work for it, until i make it! Tak mau kacau duit laki, sebab dia pun kerja biasa-biasa jer. Komitment dia pun besar, so takyah la nak peningkan dan bebankan dia lagi. Tu kekadang rasa angin jer bila ada yang berbunyi sinis bila tengok ayu beli itu ini. Yelah, pompuan kalau dulu ko kerja, pastu berenti kerja, 'dok rumah goyang kaki', orang ingat kerjanya perabih duit laki jer.

Dia tatau, bini nizam ni gigih bab carik duit tau! Hahahha, matik ler puji diri sendiri. *lempang diri lelaju heheheh.


Okey, so wanita diluar sana, sungguh pun kita ni surirumah JER, selagi ada peluang cari duit sendiri, grab that opportunities. Rugi tak buat duit dari rumah tau. Nanti, susah nak shopping hahahha. Unless, laki uols orang kaya atau uols sendiri dah kaya & raya :P

Okey, jumpa lagi. Nanti i share gambar console table cap kedai Ah Keong (bukan nama sebenar) yang CUMA berharga RM180 itu yer hehhehee. Murah jer punnnn, janji wishlist tercapai tanpa bebankan poket :)

1 comment:

UMIE SUE said...

cpt share tak sabar nk tgok